LAWATAN KE KIDSOGENIUS@CHERAS

1 Oct 2019

Tarikh : 29 September 2019 (Selasa)

Masa: 9.00am hingga 1.00 petang

Tempat: Kidsogenius Cheras

Anjuran bersama :

  1. Unit Klinik Kanak-kanak dan Remaja, Klinik Primer Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (KPPC)
  2. Jabatan Perubatan Keluarga , Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Objektif:

1) Untuk mendapat penjelasan yang lebih tepat berkenaan program EIP yang ditawarkan.

2) Untuk melihat program terapi pertuturan dan terapicarakerja yang disediakan di situ.

3) Dapat menjalinkan kerjasama di antara unit ADC denganpusat EIP ini dalam pelbagai program yang dapat memberi kebaikan kepada pesakit-pesakit klinik ADC.

Nama-nama kehadiran kakitangan Klinik Primer

  1. Prof Madya Noor Azimah binti Muhammad
  2. Dr Afaaf binti Esa ( K015271)
  3. Dr Hana binti Azhari ( K020188)
  4. Dr. Rizky Namora Puteri Harahap

Impak/kesimpulan lawatan

Lawatan ini telah disambut baikolehpara guru dan para pelajar .Lawatan kami dimulakan dengan sesi pengenalan ahli rombongan dengan para petugas di situ dan disusuli dengan taklimat program EIP yang ditawarkan, kriteria kemasukan pelajar dan yuran persekolahan. Seterusnya, kami dapat melibatkandiridengan program pembelajaran kanak-kanak, sesi terapi pertuturan dan sesi terapi carakerja.

Search

+