LAWATAN KE HOSPITAL REHABILITASI CHERAS
Tarikh : 25 September 2019 (Rabu)
Masa: 2.30 hingga 4.30 petang
Tempat: Hospital Rehabilitasi Cheras
Anjuran bersama :
1) Unit Klinik Lanjutan Strok, Klinik Primer Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
2) Jabatan Perubatan Keluarga , Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
3) Unit Rehabilitasi Neurologi, Hospital Rehabilitasi Cheras
Objektif
1) Untuk mengetahui kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh pihak Hospital Rehabilitasi Cheras berkaitan dengan pesakit strok.
2) Untuk mengeratkan silaturahim seasama ahli KLS dan kakitangan Hospital Rehabilitasi Cheras agar dapat memudahkan lagi proses rujukan pesakit-pesakit strok yang memerlukan perkhidmatan di Hospital Rehabilitasi Cheras.
3) Memberi pendedahan dan gambaran terhadap aktiviti-aktiviti dan servis yang berkaitan dengan pesakit strok di Hospital Rehabilitasi Cheras samaada secara langsung dan tidak.
4) Meningkatkan kualiti perkhidmatan di kalangan ahli KLS dengan mencontohi aspek-aspek positif yang ditampilkan oleh warga Hospital Rehabilitasi Cheras.
Nama-nama kehadiran kakitangan Klinik Primer
- Prof Dr. Noor Azah Aziz (K011245)
- Wan Nur Sabrina Wan Manshol (K019674)
- Firdaus bin Ahmad (P90838)
- Zaidatul Akmar binti Mohamad Isa (P86509)
- Puan Arushah binti Shuib (K006589)
- JT Asriah binti Ishak (K007591)
- JT Zazalina binti Mohamad (K009195)
Impak/kesimpulan lawatan
Secara keseluruhannya, lawatan ini memberi impak yang mendalam dari segi pendedahan mengenai kemudahan yang disediakan oleh Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) dalam membantu proses pemulihan pesakit strok.
Pihak kami juga, mendapat gambaran yang tepat terhadap servis yang disediakan kepada pesakit oleh kakitangan HRC. Dengan ini, pesakit-pesakit strok yang dirawat di Klinik Primer PPUKM dapat dirujuk ke sana bagi menjalani rawatan yang intensif dan terbaik.
Lawatan ini juga mengeratkan lagi hubungan sesama ahli KLS dan kakitangan HRC. Dengan terjalinnya silaturahim ini, proses rujukan pesakit-pesakit strok lebih mudah, teratur dan sistematik.
Diharapkan kerjasama ini terjalin selama-lamanya. Kami akan mempraktikkan pengajaran semasa lawatan dan berkongsi dengan para doktor dan staff Klinik Primer PPUKM, Cheras.










