KURSUS KESIHATAN WANITA & KANAK-KANAK 2018

28 Feb 2018

Jabatan Perubatan Keluarga, PPUKM telah menganjurkan kursus yang memberi fokus kepada isu-isu kesihatan wanita dan kanak-kanak yang bertajuk kursus “Women and Child health in Primary Care”.  Acara telah diadakan dari tarikh 19 – 21hb Februari 2018 bertempat di Dewan Kuliah 1, Blok Pendidikan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, PPUKM.

Kursus ini mendapat sambutan yang positif dimana seramai 27 peserta telah mengambil bahagian. Mereka terdiri dari pelajar pascasiswazah dan pegawai perubatan dari (Universiti kebangsaan Malaysia) UKM, (Universiti Islam Antarabangsa) UIA, (Universiti Putra Malaysia) UPM dan (Universiti Teknologi Mara) UITM.

Objektif utama kursus ini adalah untuk membolehkan peserta mengenal dan merawati isu-isu terkini mengenai kesihatan wanita dan kanak-kanak yang merangkumi aspek ‘biopsychosocial’ di peringkat penjagaan kesihatan primer.

Topik-topik yang telah dibincangkan merangkumi isu-isu kesihatan yang sering dilalui oleh golongan wanita dan kanak-kanak. Isu kesihatan wanita yang telah dibincangkan termasuk perancangan keluarga, masalah ‘urogynaecological’, saringan pra-natal, penyakit-penyakit semasa mengandung dan jangkitan HIV/AIDS sewaktu mengandung. Isu kesihatan kanak-kanak yang telah dibincangkan termasuk masalah kanak-kanak semput, masalah-masalah kecemasan, masalah ‘haematological’, masalah pembelajaran dan perkembangan dan cara mendekati pesakit remaja. Terdapat juga satu sesi simulasi dimana peserta diberi peluang untuk melakukan prosedur ‘pap smear’ dan memasukkan alat IUCD.

Para penceramah yang berpengalaman telah dijemput dari PPUKM, PPUM, UITM dan Hospital Kuala Lumpur.

Pihak sekretariat program dan ahli-ahli jabatan berharap para peserta telah mendapat manfaat dari menyetai kursus ini. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang menyertai dan juga kepada yang telah membantu dalam menjayakan kursus ini. Diharapkan lebih ramai peserta dapat menyertai kursus ini pada tahun hadapan!!

Search

+