19th Family Medicine Specialists Annual Scientific Conference 2016
19th Family Medicine Specialists Annual Scientific Conference 2016 telah berlangsung di Hotel Grand Dorsett, Subang dari 10hb-13hb Ogos 2016. Konferens ini merupakan persidangan saintifik tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia bersama Kementerian Kesihatan Malaysia . Pada tahun ini, sejumlah 25 abstrak prosiding telah dihasilkan oleh warga JPK PPUKM dalam pembentangan poster, manakala tiga pensyarah dari telah dijemput sebagai pembentang dalam simposium. Turut terlibat sebagai ahli jawatankuasa bagi persidangan tersebut ialah Dr. Hizlinda Tohid dan Dr. Teh Rohaila Jamil dari PPUKM.
Persidangan ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah. Dalam ucapan beliau, Malaysia masih kekurangan seramai 3000 doktor pakar perubatan keluarga, untuk berkhidmat di semua fasiliti KKM . Ini bermakna setiap 1 daripada 4 Pakar Perubatan Keluarga berperluang unutk berkhidmat dengan KKM.








