KENYATAAN KLINIK PRIMER PPUKM CHERAS DALAM PENGURUSAN PERKHIDMATAN PESAKIT SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 3.0

20 May 2021

Merujuk kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang sedang berlangsung sekarang, pihak Klinik Primer PPUKM Cheras sentiasa akur kepada arahan semasa dalam mengawal pandemic COVID-19. Klinik Primer PPUKM Cheras akan sentiasa mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dalam pengurusan pesakit dalam masa yang sama memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Sehubungan dengan itu;

  1. Temujanji dan urusan klinik adalah berjalan seperti biasa mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan
  2. Namun demikian, sekiranya ada antara pesakit yang mempunyai masalah dalam memenuhi temujanji, Klinik Primer PPUKM Cheras akan cuba membantu pesakit dari segi pengambilan ubat dan perubahan temujanji baru semasa PKP
  3. Bagi tujuan menjaga penjarakkan sosial dan mengurangkan kontak, KPPC mengamalkan polisi hanya seorang pesakit sahaja dibenarkan masuk ke premis KPPC bagi sesi konsultasi atau pengambilan darah, kecuali bagi pesakit yang benar- benar memerlukan peneman.
  4. Konsultasi bersama doktor akan berlangsung tidak lebih daripada 15 minit dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.
  5. Kami juga meminta kesemua pesakit untuk sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelindung muka (face-mask) serta jujur memberi maklumat kesihatan terkini semasa di klinik.

Kami amat menggalakkan semua pelanggan mengunakan sistem MySejahtera dan mendaftarkan diri untuk program vaksinasi, di samping mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) tang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Sebarang permasalahan, sila berhubung dengan pihak kami di talian:

03-91710796

03-91710230

#putuskanrantaianCOVID19                     #kitajagakita

Daripada;

PENGURUSAN KLINIK PRIMER PPUKM CHERAS

Tarikh : 19/05/2021           

Search

+