KENDURI DOA SELAMAT BERSAMA-SAMA ANAK YATIM RUMAH JALINAN KASIH, SELANGOR
Tarikh: 3 Oktober 2015 (Sabtu) jam 7.30am – 5.00pm di Ruang Galeri Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Program komuniti dan khidmat masyarakat ini merupakan satu program yang lebih menjurus ke arah memupuk serta membentuk semangat kerja berpasukan disamping merapatkan lagi hubungan kekeluargaan di kalangan kakitangan. Program ini juga diharap dapat melahirkan modal insan yang bersemangat kekitaan tetapi dalam masa yang sama sentiasa menjiwai kepedulian terhadap masyarakat sekeliling yang kurang bernsasib baik. Program ini julung kali mempamerkan kebolehan kakitangan Jabatan untuk bekerjasama menyediakan makanan unutk tetatmu-tetamu yang diraikan, iaity anak-anak yatim dari Rumah Jalinan Kasih. Pada majlis ini, jawatankuasa telah berjaya mengumpulkan ahli-ahli dari masyarakat setempat untuk bersama memberi sumbangan ikhlas kepada pihak pengurusan Rumah Jalinan Kasih. Adalah menjadi harapan Jabatan, dengan terzahirnya program ini , budaya kerja berpasukan yang berorientasikan nilai-nilai murni menjadi amalan yang kekal dikalangan warga kerja Pusat Perubatan Primer UKM.