Iftar dan Terawih di Klinik Primer, HCTM

14 Apr 2023

Seramai 100 orang staf Jabatan Perubatan Keluarga dan ahli keluarga menghadiri Majlis Iftar dan Terawih yang diadakan pada 14 April 2023, jam 7.00 malam di Klinik Primer, HCTM. Majlis bermula dengan menikmati juadah berbuka puasa, menunaikan solat maghrib dan seterusnya tahlil ringkas, solat isyak beserta terawih secara berjemaah, yang diimamkan oleh Encik Mohd Nizan Razali. Juadah berbuka disediakan oleh salah seorang staf Jabatan. Selain itu, sumbangan dalam bentuk makanan (potluck) juga turut menambah menu juadah dan memeriahkan lagi majlis. Sebelum majlis sampai ke penghujung, para staf dan hadirin bersama-sama mengemas premis klinik. Program ini adalah untuk merapatkan ukhwah dan silaturahim sesama warga Jabatan Perubatan Keluarga.

Search

+