Hari Kesedaran Autisma & Sindrom Down

29 Apr 2019

Tarikh: 16 April 2019

Masa: 8.30am – 1.oopetang

Tempat: Bilik Tutorial, Klinik Primer PPUKM, Cheras (KPPC)

Anjuran: Klinik Remaja dan Kanak-kanak, KPPC

Program ini telah dirasmikan oleh Profesor Datuk Dr. Harlina Halizah Siraj, Penolong Dekan (Pengajaran & CITRA), Fakulti Perubatan UKM.

Seramai lebih kurang 100 orang pengunjung yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja autisma dan sindrom Down, ibubapa dan guru serta masyarakat sekitar telah hadir memeriahkan program ini.

Aktiviti yang dijalankan adalah seperti;

 

  1. Jualan dan pameran oleh individu autisma dan sindrom Down seperti Andi Miranti, Amira Daniea dan Yan Wei Xing
  2. Mewarna dan mengecop tapak tangan di Wall of Fame
  3. Aktiviti gross motor circuit
  4. Program intervensi awal oleh Nuha Kids Care Centre
  5. Khidmat penilaian dan sokongan psikologi oleh SOLS Health
  6. Sesi perkongsian dan hands-on oleh pakar terapi pertuturan dan pakar pemakanan UKM.

 

 

 

 

Search

+