Bengkel Penyelarasan Perkhidmatan Bersama Pesakit Strok Selepas Discaj antara Klinik Lanjutan Strok, Jabatan Perubatan Keluarga dan Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM
Bengkel Penyelarasan Perkhidmatan Bbersama Pesakit Strok Selepas Discaj antara Klinik Lanjutan Strok, Jabatan Perubatan Keluarga dan Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM telah diadakan pada 22 Jun 2023 (8.30 pagi – 4 petang) berempat di Kommune Wellness & Living Centre, Bandar Sri Permaisuri Cheras Kuala Lumpur.
Objektif bengkel ini bertujuan untuk menyelaraskan penggunaan penilaian standard dan parameters dalam perawatan strok lanjutan (pesakit luar) serta membangunkan landasan (platform) gunasama bagi tujuan perawatan bersama di antara Klinik Lanjutan Strok (Klinik Primer HCTM) dan Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan UKM. Kehadiran seramai 16 orang peserta yang mewakili Klinik Lanjutan Strok Klinik Primer dan Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan telah hadir ke bengkel ini. Ceramah telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Noor Azah Aziz, Dr. Nor Shahrina Mohd Zawawi, dan Dr. Afiza Hanun Ahmad@ Hamid.







