BENGKEL PEMERIKSA “PRACTICE DIARY”
Tarikh: 27 Mac 2017 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi – 5.00 Petang
Tempat: Institut Latihan DBKL, Cheras Kuala Lumpur
Anjuran : Jabatan Perubatan Keluarga, PPUKM
Bengkel telah berlangsung pada 27 Mac 2017 dihadiri oleh pemeriksa-pemeriksa dan pensyarah yang terlibat dalam peperiksaan Konjoin Perubatan Keluarga iaitu pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Pensyarah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menghadiri bengkel ini bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran sebagai pemeriksa untuk Peperiksaan Doktor Pakar Perubatan Keluarga.




