Bengkel Pemantapan Kakitangan JPK
Tarikh: 29 NOVEMBER – 2 DISEMBER 2024
Tempat: Coral Bay Resort, Pulau Pangkor, Perak
Bengkel Pemantapan Kakitangan JPK tahun ini diadakan di luar kawasan, iaitu di Coral Bay Resort, Pangkor. Seramai 43 orang kakitangan terlibat dalam program ini. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk meningkatkan pemantapan dan tahap kesediaan kakitangan dalam menghadapi ragam pesakit serta situasi klinik yang penuh cabaran. Ini selaras dengan motto HCTM untuk mencapai perkhidmatan yang lebih berkualiti, cemerlang, dan terkini.
Objektif bengkel adalah seperti berikut:
1. Memantapkan jati diri dan semangat kerja berpasukan kakitangan Jabatan Perubatan Keluarga HCTM dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan klinik.
2. Meningkatkan semangat dan jati diri serta mengurangkan tekanan kerja melalui aktiviti yang memupuk semangat berkumpulan. Pelbagai aktiviti diadakan, termasuk aktiviti luar pengukuhan pasukan yang dikendalikan oleh pihak hotel, perbentangan dan perancangan Jabatan 2025, persembahan berkumpulan, serta lantikan ahli Kelab Familia bagi tahun 2025.
Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya meningkatkan semangat dan jati diri kakitangan serta mengurangkan tekanan kerja melalui aktiviti pupuk semangat berkumpulan. Program ini juga memberi ruang kepada semua kakitangan untuk mengemukakan idea bagi pengukuhan organisasi yang lebih baik dan cemerlang. Kesimpulannya, bengkel ini berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.