BENGKEL ASAS BANTU MULA KECEMASAN”BASIC LIFE SUPPORT” 1.0
Tarikh: 18 Oktober 2019 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Bilik CME, Klinik Primer PPUKM Cheras
Anjuran: Klinik Primer PPUKM Cheras dan Jabatan Perubatan Keluarga Hospital Canselor Tuanku Mukhriz
Objektif Program:
- Bengkel ini bertujuan untuk memberi latihan asas, pendedahan dan mengajar teknik dan tindakan yang betul untuk “Basic Life Support” kepada semua kakitangan Klinik Primer dan Jabatan Perubatan Keluarga
-
- Kepentingan mengetahui CPR
- Mempelajari tatacara CPR dewasa dan kanak-kanak yang komprehensif dan terkini
- Mengetahui cara-cara pengendalian pesakit ‘Choking’ (tercekik)
- Melahirkan Kakitangan yang kompeten, berilmu dan berkemahiran bagi melestarikan perkhidmatan yang berkualiti.
- Pengenalan kepada kepentingan mengetahui CPR
- Mempelajari tatacara CPR dewasa dan kanak-kanak yang komprehensif dan terkini
- Mengetahui cara-cara pengendalian pesakit “Choking” (tercekik)
Perjalanan program:
Seramai 23 kakitangan daripada pelbagai unit di Klinik Primer PPUKM Cheras dan Jabatan Perubatan Keluarga, yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Perubatan Keluarga, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Jabatan Farmasi, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan (Unit Fisioterapi) dan Jabatan Kewangan telah menghadiri bengkel ini.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Jabatan Prof. Madya Dr. Noor Azimah Muhammad. Peserta di bahagikan kepada tiga pasukan. Aktiviti bengkel ini terbahagi kepada dua aktiviti utama iaitu ceramah dan sesi praktikal. Tajuk ceramah yang disampaikan adalah seperti berikut:
- Cardiopulmonary Resuscitation “CPR” oleh Dr. Wan Nur Sabrina Binti Wan Manshol dan Dr. Norzehan Fatimah Mohd Ali
- “Choking” oleh Dr. Afaaf Binti Esa
Sesi praktikal dijalankan dengan 10 manikin dewasa, 2 manikin kanak-kanak, 1 manikin ‘Choking’ dan 2 AED (Automated External Defibrillator). Sesi praktikal dalam kumpulan kecil membenarkan peserta masa untuk berlatih dan teknik boleh di pantau dan dibetulkan.
Melalui penglibatan aktiviti-aktiviti seperti ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan kakitangan di fasiliti penjagaan primer.
Sesi kedua bengkel sebegini dijangkakan diadakan pada bulan tahun depan (2020).
Keseluruhan peserta mengharapkan supaya program ini dapat di anjurkan setiap tahun kerana ianya memberi kesedaran dan memantapkan pengetahuan dan kemahiran masing masing.
Tentatif Program:
9.00-9.30am: Pendaftaran perserta, minum pagi dan Ucapan Alu-aluan oleh Prfo Madya Dr. Noor Azimah binti Muhammad
9.30-11.00am: “Cardiopulmonary Resuscitation” (CPR) oleh R. Wan Nur Sabrina binti Wan Manshol dan Dr. Norzehan Fatimah binti Ali
11.00-12.00pm: “Choking” oleh Dr Afaaf binti Esa
12-2.45pm: Rehat dan makan tengahhari
2.45-4.00pm: Sesi Praktikal

















