Bengkel Asas Bantu Mula “Basic Life Support” Siri Dua 2022
Bengkel Asas Bantu Mula “Basic Life Support” Siri Dua (2) anjuran bersama Jabatan Perubatan Keluarga, HCTM dan Klinik Primer PPUKM, Cheras telah diadakan pada 2 Disember 2022 di Bilik Tutorial. Bengkel yang telah dihadiri seramai 25 orang peserta merupakan siri kedua yang dilaksanakan kepada kakitangan Jabatan Perubatan Keluarga bagi menambah pengetahuan asas dalam memberi bantuan kecemasan jika terdapat mangsa yang tidak sedarkan diri. Ianya juga mengajar betapa pentingnya asas bantu mula diberikan secepat mungkin. Antara objektif yang telah dijalankan adalah memberi pengetahuan teori dan amali mengenai asas bantuan “Basic Life Support”, asas cara penggunaan Bahagian Luar Automatic Defibrillator (AED) dan cara-cara menyelamatkan mangsa tercekik di kalangan dewasa atau kanak-kanak.








