PENGENALAN
Klinik Primer Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) teletak di bangunan Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri Cheras, merupakan sebuah pusat latihan akademik untuk pelajar prasiswazah dan pascasiswazah Jabatan Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan UKM. Klinik ini juga memberikan perkhidmatan perubatan primer kepada penduduk setempat.
Penubuhan awal klinik ini, yang dikenali dengan nama Pusat Perubatan Primer sebelum ini, adalah pada bulan Julai 1998 di Taman Jaya, Bandar Tun Razak. Klinik telah berpindah ke bangunan rumah kedai 5 tingkat di Bandar Tasik Selatan pada tahun 2002, disebabkan pertambahan bilangan pesakit dan kekangan ruang fizikal.
Pada 1 Ogos 2016 premis dengan secara rasminya telah berpindah sekali lagi ke bangunan yang dimiliki oleh Universiti Kebangsaan Malaysia di Plaza Dwitasik Bandar Sri Permaisuri dengan nama barunya Klinik Primer PPUKM Cheras (KPPC). Namun, selaras degan perubahan pentadbiran, klinik ini kini dikenali dengan nama Klinik Primer HCTM.
Perpindahan ke Bandar Sri Permaisuri dengan jarak hanya 3 km ke HCTM di Kampus Kuala Lumpur Bandar Tun Razak telah memudahkan urusan pentadbiran dan memberi peluang untuk klinik ini melebarkan skop perkhidmatan agar lebih komprehensif dan bermutu. Kini, Klinik Primer HCTM sebagai pusat sehenti memberikan penjagaan primer serta menjalankan promosi kesihatan, pencegahan, dan rehabilitasi kepada semua peringkat umur.
VISI
Menjadi sebuah pusat Pendidikan, Penyelidikan dan Perkhidmatan Kesihatan Primer yang cemerlang.
MISI
Klinik Primer HCTM beriltizam untuk menydiakan perkhidmatan terbaik kepada pesakit, pelajar dan komuniti setempat.
OBJEKTIF
- Menyediakan persekitaran pembelajaran yang optima untuk latihan pelajar perubatan dan sains kesihatan
- Menyediakan perkhidmatan perubatan keluarga berasaskan pembuktian kepada komuniti setempat
- Menyediakan prasarana penyelidikan yang kondusif dalam bidanmg kesihatan primer
Piagam pelanggan
- Memberikan perkhidmatan perubatan keluarga yang komprehensif dan berasaskan pembuktian kepada semua pesakit.
- Menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif dan berkesan kepada pelajar prasiswazah dan pascasiswazah yang menjalani latihan di Klinik Primer.
- Menyediakan kemudahan dan menyokong aktiviti penyelidikan di Klinik Primer berdasarkan Prosedur Operasi Standard Penyelidikan yang ditetapkan oleh Jabatan Perubatan Keluarga.
Maklumat untuk pesakit
Klinik Primer, HCTM merupakan sebuah klinik primer yang berperanan untuk memberi perkhidmatan rawatan kesihatan. Ianya juga sebuah klinik yang melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan untuk kursus kepakaran perubatan keluarga serta program prasiswazah Ijazah perubatan. Klinik ini juga menerima pelajar daripada jabatan kejururawatan, farmasi, dietetik dan lain-lain.
Ianya terletak lebih kurang 3-kilometer dari HCTM. Klinik Primer menyediakan perkhidmatan rawatan susulan dari pelbagai klinik pakar di HCTM bagi kes-kes yang stabil demi mengurangkan beban pesakit di HCTM.
Perkhidmatan yang disediakan
Klinik Primer berfungsi memberi perkhidmatan kepada komuniti dalam jarak 20-kilometer radius. Klinik ini dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan bagi perkhidmatan perubatan dan perubatan sokongan untuk memberi rawatan komprehensif kepada semua pesakit samaada penyakit akut, kronik atau kes kecemasan.
Skop perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
- Memberi rawatan pesakit luar (General Primary Care / Outpatient clinic)
- Memberi rawatan penyakit akut dan kecemasan
- Memberi rawatan penyakit kronik (Chronic Care Clinic)
- Menerima pesakit untuk dirujuk ke HCTM
- Menerima pesakit yang di rujuk dari Jabatan Kecemasan dan Klinik-klinik Pakar HCTM
- Perkhidmatan Klinik Remaja dan Kanak-kanak (Adolescent & Child Health Clinic, ADC)
- Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok (Quit Smoking Clinic, QSC)
- Perkhidmatan Klinik Ibu Mengandung dan Kesihatan wanita (Antenatal Clinic, ANC)
- Perkhidmatan Lanjutan Kencing Manis (Enhanced Diabetic Clinic EDC)
- Perkhidmatan Klinik Dermatologi (Dermatology Clinic)
- Perkhidmatan Klinik Lanjutan Strok (KLS) (Long Term Stroke Clinic, LTSC)
- Pembedahan kecil seperti toilet and suturing, incision and drainage dan lain-lain
- Kaunseling pemakanan oleh Pakar / Pegawai Pemakanan (Pegawai Dietetik)
- Perkhidmatan Fisioterapi untuk masalah akut
- Perkhidmatan pengambilan darah (phlebotomy) dan Makmal Diagnostik
- Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar
WAKTU OPERASI
Pendaftran kes
Isnin hingga Khamis
8.00 pagi – 12.15 tengahhari
1.00 tengahhari – 2.00 petang: rehat
2.00 petang – 4.15 petang
Jumaat
8.00 pagi – 11.30 pagi
12.15 tengahhari – 2.45 petang (rehat)
2.45 petang – 4.15 petang
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: TUTUP
* Sesi klinik bermula pada jam 9.00 pagi bagi memberi laluan kepada Program Pengajaran Berterusan (Continuing Medical Education, CME)
Klinik mengamal sistem temujanji berperingkat. Temujanji diberikan mengikut slot waktu yang ditetapkan.
Sila daftar selewat-lewatnya 15 minit sebelum waktu temujanji yang telah ditetapkan.
Warga Klinik juga mengamalkan prinsip toleransi sifar terhadap pesakit-pesakit yang berlaku kurang sopan terhadap mana-mana warga kakitangan.
Pesakit serta semua pengunjung juga dinasihatkan supaya berpakaian sopan apabila hadir ke klinik.
Waktu perkhidmatan Klinik – klinik Khas:
KLINIK KHAS | WAKTU PERKHIDMATAN |
Klinik Remaja dan Kanak-kanak | Selasa: 8am – 5pm
|
Klinik Berhenti Merokok | Selasa: 2pm – 5pm
|
Klinik Ibu Mengandung dan Kesihatan wanita | Rabu: 8am – 5pm
|
Klinik Lanjutan Kencing Manis | Khamis: 8am – 1pm
|
Klinik Dermatologi | Khamis: 8am – 5pm
|
Klinik Lanjutan Strok | Jumaat: 8am – 12.15pm
|
Kemudahan tempat letak kereta:
Kemudahan letak kereta berbayar bertingkat juga terdapat di dalam bangunan yang sama (bayaran maksima sehari ialah RM7.00, Excel Parking)
Alamat:
Klinik Primer HCTM,
Blok Menara, Plaza Dwitasik,
Jalan Sri Permaisuri, Bandar Sri Permaisuri 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
No. telefon: +603 91710230 / 91710796 / 91710029
Waze: Klinik Primer PPUKM Cheras
Email: kjperkl@hctm.ukm.edu.my
Kemas kini: 16/6/2023