PENGENALAN
Klinik Lanjutan Strok ditubuhkan pada September 2008 oleh Prof. Dr. Noor Azah Abd Aziz. Beliau merupakan pakar Perubatan Keluarga dan pakar pemulihan strok Klinik Primer PPUKM.
Klinik ini ditubuhkan sebagai kesinambungan kepada rawatan secara komprehensif kepada seseorang pesakit strok dari peringkat akut (hospital), subakut (hospital dan rehabilitasi intervensi) dan jangka panjang (komuniti, rehabilitasi intervensi dan rawatan pencegahan).
Klinik ini mula beroperasi pada bulan Februari 2018 pada setiap hari Jumaat dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari.
Pada mulanya, ianya di kendalikan oleh seorang pakar dan jururawat tapi kini ianya di kendalikan oleh pakar, pegawai perubatan dan jururawat terlatih.
KLS menerima rujukan dari Jabatan Neurologi, Jabatan Perubatan, Jabatan Pemulihan Perubatan PPUKM, Pusat Perubatan Primer PPUKM sendiri dan klinik-klinik berdekatan.
OBJEKTIF
- Memberi penjagaan berterusan kepada pesakit strok yang berada di komuniti
- Sebagai perkhidmatan perantara di antara hospital dan perkhidmatan sokongan; rehabilitasi, dietetik, National Stroke Association Of Malaysia (NASAM), khidmat social perubatan dan lain-lain
- Rawatan komprehensif bagi pencegahan strok berulang. Ini termasuk memantau risiko-risiko penyakit strok; darah tinggi, tahap kolesterol tinggi, diabetes dan sebagainya
- Amalan cara hidup sihat dan sokongan moral kepada pesakit dan keluarga
- Memantau dan merawat jika ada masalah kesihatan yang timbul dan juga komplikasi baru berkenaan dengan strok
- Penilaian status emosi, kognitif dan fizikal pesakit strok dan keluarga
SKOP PERKHIDMATAN
1)Memberi perawatan komprehensif kepada pesakit strok yang telah di discaj dari hospital;
- Penjagaan pencegahan sekunder strok
- Perawatan risiko kardiovascular
- Penilaian emosi selepas strok
- Penegahan komplikasi selepas strok
2) Penilaian mengenai keperluan rehabilitasi sama ada berbentuk rehabilitasi lanjutan atau rehabilitasi di dalam komuniti
3) Penilaian dan perancangan pesakit dan keluarga mengenai sokongan selepas strok dan re-integrasi kepada komuniti dan alam pekerjaan
4) Sokongan dan kaunseling dietetik kepada pesakit strok
- Pencegahan sekunder kardiovascular
- Pencegahan masalah penghadaman
- Nutrisi cecair
5)Penglibatan dalam aktiviti anjuran Kelab Bekas Pesakit Strok (KEKASIH); dimana keahlian terdiri daripada pesakit strok dan ahli keluarga pesakit
6)Sebagai pusat penyelidikan dan latihan berkenaan strok lanjutan dan rehabilitasi di dalam komuniti bersama agensi berkaitan
WAKTU OPERASI
Setiap JUMAAT : 8.00 pagi – 12.15 petang