Pengenalan

Klinik Kanak-Kanak & Remaja (KKKR) di Klinik Primer PPUKM Cheras (KPPC) ini telah mula beroperasi semenjak 2003. Klinik ini memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak dan remaja berumur 18 tahun dan kebawah yang mempunyai masalah perkembangan, pembelajaran dan tingkah laku. Klinik ini menerima rujukan daripada klinik-klinik kerajaan atau swasta, sekolah ataupun ibu bapa.

 

Objektif Penubuhan

  • Memberi perkhidmatan untuk kanak-kanak atau remaja yang mempunyai masalah perkembangan, pembelajaran, emosi dan tingkah laku.
  • Sebagai pusat latihan untuk prasiswazah, pascasiswazah, dan pegawai perubatan di KPPC dalam mengendalikan kes-kes kanak-kanak atau remaja.

Aktiviti-aktiviti

Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:

  • Membuat penilaian dan diagnosa untuk kanak-kanak atau remaja yang mempunyai masalah perkembangan, pembelajaran, emosi dan tingkah laku.
  • Membuat saringan untuk kanak-kanak remaja berumur diantara 10 hingga 18 tahun yang datang ke KPPC untuk sebarang masalah kesihatan
  • Menerima rujukan daripada Pegawai Perubatan KPPC bagi kes-kes kanak-kanak dan remaja yang memerlukan penilaian dan perawatan yang lebih khusus.
  • Merujuk kanak-kanak / remaja yang mempunyai masalah perkembangan ke unit-unit khas seperti ahli psikologi, fisioterapi, terapi pertuturan, penilaian pendengaran dan sebagainya
  • Merujuk kanak-kanak / remaja yang memerlukan rawatan lanjuntan ke unit perkembangan kanak-kanak (CDC) atau Klinik Psikiatri kanak-kanak dan remaja PPUKM.

 

Waktu Perkhidmatan

Hari:      Selasa

Waktu: 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari

Waktu: 2.00 petang hingga 5.00 petang