PENGENALAN

Klinik Enhanced Diabetic (EDC) di Klinik Primer PPUKM Cheras (KPPC) ini telah mula beroperasi semenjak 5 Mac 2003. Klinik ini dijalankan pada setiap hari Khamis. Klinik ini menyediakan perkhidmatan bagi pesakit yang mempunyai penyakit diabetes yang tidak terkawal (HBA1c ≥ 10%). Klinik ini dijalankan oleh Pakar Perubatan Keluarga , Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih dan Pegawai Dietetik & Pemakanan.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Mengenalpasti masalah pesakit dan membantu pesakit menurunkan paras gula dalam darah
  • Memberikan rawatan secara menyeluruh termasuklah nasihat pemakanan dari pakar dietetik serta pemeriksaan mata dan kaki secara berkala.
  • Meningkatkan keupayaan pesakit menjaga rawat sendiri penyakit diabetes mereka.
  • Memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit terutamanya mengenai cara mengawal paras gula dalam darah dan mengelak komplikasi kencing manis.

 

AKTIVITI-AKTIVITI

  • Menerima rujukan daripada Pegawai Perubatan KPPC bagi kes- kes diabetes tidak terkawal.
  • Membuat penilaian menyeluruh bagi pesakit kencing manis tidak terkawal (HbA1c ≥ 10%)
  • Merujuk pesakit yang menghadapi masalah berat badan di Klinik Obesiti atau Fisioterapi.
  • Merujuk pesakit yang memerlukan rawatan lanjutan di Klinik Endokrinologi HCTM.
  • Merujuk pesakit yang memerlukan bantuan kewangan atau peralatan kepada   Jabatan Kerja Sosial HCTM.

 

PERKHIDMATAN

Setiap Khamis : 9.00 pagi hingga 1.00 petang