PENGENALAN

Klinik Antenatal ini telah ditubuhkan pada 2011 bertempat di Pusat Perubatan Primer UKM (PPUKM) Bandar Tasik Selatan. Penubuhan klinik ini adalah bertujuan untuk pendedahan terhadap  pengajaran dan penyelidikan  prasiswazah dan pascasiswazah Perubatan Keluarga, kejururawatan dan  pegawai perubatan. Di samping itu ia juga memberikan perkhidmatan antenatal kepada pesakit di sekitar 20 km radius dari Klinik Primer. Klinik ini dikendalikan oleh seorang Pakar Perubatan Keluarga, Pegawai Perubatan, Pengurus Jururawat, Ketua Jururawat (KJ) dan Jururawat Terlatih (JT) Perbidanan. Waktu operasi klinik ini pada awal penubuhannya ialah pada hari Isnin  sesi pagi  dan pada hari Rabu sesi pagi dan petang. Walau bagaimanapun, waktu operasi Klinik Antenatal telah ditukar kepada Rabu sesi pagi dan petang sahaja sejak berpindah di premis baru di Bandar Sri Permaisuri.

Klinik Antenatal juga menyediakan perkhidmatan ‘pap smear’ sebagai salah satu elemen “preventive care”. Audit Klinik ANC dan  data pengambilan ‘pap smear’ dilakukan pada setiap tahun. Manakala,  program kesedaran kanser servik dilakukan secara berkala.

 

OBJEKTIF

Klinik Antenatal ini bertujuan memberikan penjagaan kesihatan komprehensif termasuk pendidikan kesihatan kepada wanita sepanjang kehamilan mereka. Klinik ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai perubatan/ pelajar kejururawatan / pelajar perubatan dalam mengendalikan kes antenatal di peringkat rawatan primer.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Memberikan perawatan komprehensif bagi wanita hamil yang tinggal atau bekerja berdekatan dengan Klinik Primer PPUKM Cheras
  • Memberikan penjagaan bersama (‘Shared Care’) bagi wanita hamil dengan Klinik Antenatal HCTM
  • Merujuk pesakit ke Jabatan Obstetrik & Ginekologi HCTM atau hospital lain mengikut pilihan wanita hamil
  • Memberi pendidikan kesihatan kepada ibu hamil termasuklah perancang kehamilan dan penyusuan susu ibu
  • Merancang aktiviti bersama komuniti untuk kesedaran kesihatan wanita termasuklah penjagaan wanita hamil
  • Menyediakan peluang projek penyelidikan dan latihan berkenaan kesihatan wanita hamil

 

WAKTU OPERASI

Setiap hari Rabu 8.00 -5.00 petang

Ditutup pada hari Kelepasan am