WAD SURGERI 7 (5H)
Wad Surgeri 7 (5H) terletak di Tingkat 5, Blok Klinikal Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Ia dilengkapi dengan katil sebanyak 28 buah yang memberi perkhidmatan rawatan dan penjagaan sebelum dan selepas pesakit menjalani pembedahan. Ia juga termasuk kes-kes yang memerlukan rawatan lanjutan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Antara fungsinya adalah seperti berikut :
Kemasukan dan Orientasi Wad:
- Rawatan Umum – penjagaan rawatan pesakit mengikut keperluan pelbagai penyakit telinga, hidung dan tekak yang dihadapi;
- Memberi bantuan segera kepada pesakit seperti kes pendarahan, kesakitan dan sebagainya;
- Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarga tentang penyakit yang berkenaan serta kaunseling terutama dari segi fizikal dan mental;
- Ia juga meliputi pendidikan kesihatan dan penjagaan apabila pesakit discaj, misalnya cara-cara penggunaan ubat-ubatan, kebersihan diri dan sebagainya.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkhidmatan dan lain-lain boleh terus menghubungi kami di talian 03 -9145 7520 / 7522 (Kaunter Perkhidmatan Wad Surgeri 7 (5H).