Jabatan Otorinolaringologi – Surgeri Kepala Leher (ORL-SKL) menawarkan perawatan secara pakar dan juga sub bidang bagi penyakit-penyakit ORL-SKL. Klinik ORL-SKL terletak di tingkat 1, Blok Klinikal, Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan perkhidmatan adalah terhad kepada temujanji sahaja. Majoriti pesakit yang dirujuk adalah untuk penyakit seperti Otitis Media, Allergic Rhinitis, Tonsillitis Dan Sinusitis. Jabatan Otorinolaringologi – Surgeri Kepala Leher (ORL-SKL) juga adalah pusat rujukan bagi pesakit kanak-kanak yang mempunyai kehilangan keupayaan untuk mendengar dan memerlukan pembedahan koklea implan atau penggunaan Alat Bantuan Pendengaran (BAHA), masalah suara dan juga larinks, penyakit tulang tengkorak (skull base) dan juga tumor di bahagian kepala dan leher.

Jabatan Otorinolaringologi – Surgeri Kepala Leher (ORL-SKL) juga turut mengembangkan klinik pelbagai kepakaran bidang bertujuan untuk memberikan rawatan secara komprehensif dan terfokus kepada pesakit, sebagai contoh Klinik Onkologi Kombine dan Klinik Cleft Kombine. Penyediaan klinik-klinik ini membenarkan perbincangan antara pesakit dan juga kumpulan-kumpulan multi-disiplin kepakaran bagi mencadangkan rawatan yang terbaik. Ia juga membenarkan ahli keluarga untuk turut terlibat dalam pengurusan dan menjadi platform untuk mendapatkan penerangan atas segala keraguan yang timbul.

 

Klinik/Pusat Alergi berada di dalam Klinik ORL-SKL di tingkat 1, Blok Klinikal, HCTM. Klinik/Pusat Alergi ini bertujuan untuk memberi rawatan terbaik kepada pesakit yang mempunyai masalah alergi. Ujian diagnostik bagi alergi yang ditawarkan adalah ujian cucuk kulit yang boleh didapati pada Hari Isnin hingga Jumaat bermula daripada jam 8.30 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari.

Berikut adalah jadual untuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Otorinolaringologi – Surgeri Kepala Leher (ORL-SKL) :

 

Klinik

Waktu Beroperasi

Klinik Pakar ORL-SKL Isnin-Jumaat 8.30 pagi – 12.30 petang
Klinik Alergi Isnin 9.00 pagi – 12.30 petang
Klinik Suara Jumaat (Minggu ke-4) 9.00 pagi – 12.00 petang
Klinik Botox Selasa (Minggu pertama) 9.00 pagi – 12.30 petang
Klinik “Obstructive Sleep Apnea” (OSA) Selasa (Minggu ke-3) 9.00 pagi – 12.30 petang
Klinik “Paediatric Airway & Swallowing” Selasa (Minggu ke- 2 & 4) 9.00 pagi – 12.30 petang
Klinik “Combine- Cleft” Isnin (Minggu ke- 2) 2.00 petang – 5.00 petang
Klinik Telinga (Cochlear implant & BAHA) Isnin & Rabu 9.00 pagi – 12.30 petang
Klinik Vertigo Jumaat (Minggu pertama) 9.00 pagi – 12.30 petang
Klinik “Oncology Combine” Selasa 2.00 petang – 3.00 petang
Klinik “Nasopharyngeal Carcinoma” (NPC) Khamis 2.00 petang – 5.00 petang
Klinik Post –Laryngectomy Selasa (Minggu ke- 2) 9.00 pagi – 12.30 petang

 

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkhidmatan temujanji dan lain-lain boleh terus menghubungi kami di talian 03 -9145 7380 / 7381 (Kaunter Perkhidmatan Klinik ORL-SKL).