Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher (ORL-SKL) adalah sebuah jabatan klinikal di Fakulti Perubatan UKM. Ia terletak di Tingkat 9, Blok Klinikal, Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher (ORL-SKL) telah berkembang dari tahun ke tahun sehingga sekarang telah mempunyai 15 tenaga pengajar iaitu 5 orang pensyarah berstatus Profesor, 5 orang Pensyarah berstatus Pensyarah Profesor Madya, 4 orang berstatus Pensyarah Perubatan dan 1 orang berstatus Pensyarah Perubatan Pelatih. Selain itu, Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher (ORL-SKL) dibantu juga oleh kakitangan sokongan yang terdiri daripada 1 orang Pegawai Sains, 1 orang Penolong Pegawai Tadbir, 2 orang Pembantu Tadbir, 1 orang Setiausaha pejabat dan 1 orang Pembantu Operasi jabatan.

Tugas utama Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher (ORL-SKL) adalah untuk memberi pengajaran dalam bidang ORL kepada pelajar pra–siswazah, pasca-siswazah dan juga latihan  sub-kepakaran dalam bidang ORL seperti Laringologi, Pembedahan Kepala dan Leher dan Neuro-Otologi dan juga menjalankan penyelidikan dalam bidang yang berkaitan dengan ORL. Proses pengajaran di Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher (ORL-SKL) turut melibatkan pengajaran kepada pelajar-pelajar prasiswazah dari Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu. Selain itu, jabatan juga memberi perkhidmatan khusus dan menyeluruh kepada pesakit yang menghidapi gangguan dan pelbagai penyakit Telinga, Hidung, Tekak serta Kepala dan Leher.