Pembedahan elektif giat dilakukan pada setiap hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Pembedahan Rawatan Harian bagi otorinolaringologi dijadualkan pada setiap hari Rabu. Pembedahan harian dan elektif dilakukan di dewan bedah terletak di aras 2, Blok Klinikal, PPUKM. Pembedahan minor melibatkan bius setempat dapat dilakukan di dewan bedah Klinik ORL-HNS pada setiap hari Isnin dari jam 2.00 hingga 5.00 petang.
Pembedahan elektif yang telah dijalankan adalah melibatkan kes-kes berikut:
- Kes Otologi
- Kes Kepala dan Leher
- Kes Rinologi
- Kes Laringologi
- Kes ENT Kanak -kanak
Sebagai pusat ketiga, pembedahan rumit adalah ditawarkan seperti:
- Kes Otologi
- Implan Koklear, Pembedahan Bone anchored Hearing Aid, Pinnaplasti, Meatoplasti, Canalplasti, temporal bone surgeries dan neuro-otologi.
- Kes Laringologi
- Phonosurgery, laryngeal laser surgery, tracheolaryngeal reconstruction (LTR, CTR, TRA).
- Kes Rhinologi
- Septorhinoplasti, skull base surgery.
- Kes Pembedahan Kepala dan Leher
- Pembedahan untuk advanced malignancy.
- Kes Pediatrik ENT