Webinar Risiko dan Kesan Masalah Pendengaran di Kalangan Kanak-kanak

29 Mar 2022

Cheras, 29 Mac 2022 – Webinar Risiko dan Kesan Masalah Pendengaran di Kalangan Kanak-kanak anjuran Jabatan Otorinolaringologi telah diadakan bersempena dengan World Hearing Day 2022. Panel jemputan ialah Dr. Farah Liyana Lokman Pakar Otorinolaringologi HCTM dan Cik Fatimah Sazari, Pegawai Pemulihan Perubatan Audiologi HCTM dan moderator webinar Dr. Zara Nasseri, Pakar Otorinolaringologi HCTM.

Webinar yang diadakan selama satu jam ini mengupaskan masalah-masalah pendengaran dan kesannya dikalangan kanak-kanak. Hampir 400 orang telah menonton webinar ini melalui Facebook HCTM. Walaupun ringkas namun webinar ini padat dengan maklumat bermanfaat untuk orang awam dan warga HCTM dan UKM. Warga HCTM dan orang awam boleh melihat rakaman webinar melalui pautan ini.

 

Search

+