VISI JABATAN

Ke arah menjadi Pusat ORL-SKL yang terunggul di Malaysia dan persada dunia dari segi memberi perawatan yang tercanggih dan inovatif kepada pesakit, pengajaran dan penyelidikan terkini.

 


MISI JABATAN

Jabatan Otorinolaringologi – Surgeri Kepala Leher (ORL- SKL) memberikan pendidikan profesional perubatan dan beriltizam menjadikan Jabatan ini sebagai Pusat Kecemerlangan dalam bidang penyelidikan dan perawatan pesakit Telinga, Hidung, Tekak, Kepala dan Leher.


PIAGAM PELANGGAN

Jabatan Otorinolaringologi – Surgeri Kepala Leher (ORL-SKL) beriltizam memberi layanan terbaik terhadap pesakit dan menyediakan perkhidmatan rawatan bermutu tinggi, selamat serta menyeluruh selaras dengan piagam pelanggan hospital iaitu “Kesihatan anda adalah keutamaan kami”.


OBJEKTIF KUALITI PERKHIDMATAN OTORINOLARINGOLOGI – SURGERI KEPALA DAN LEHER (ORL-SKL)

Peratusan kemasukan semula yang tidak dirancang ke wad dalam linkungan 72 jam daripada pesakit discaj adalah tidak melebihi 5% sebulan.

  1. Peratus kemasukan semula ke dewan bedah selepas berlakunya pembedahan dalam tempoh kemasukan wad yang sama tidak melebihi 5% sebulan.
  2. Insiden pendarahan utama selepas pembedahan tonsil (primary hemorrhage post tonsillectomy) tidak melebihi 3% sebulan.

OBJEKTIF KUALITI AKADEMIK

Jabatan Otorinolaringologi – Surgeri Kepala Leher (ORL-SKL) adalah sebuah jabatan yang mempunyai tenaga akademik dalam memberikan perkhidmatan, pengajaran, penyelidikan dan penerbitan yang berkualiti.

  1. Program akademik prasiswazah dan siswazah menjalani semakan setiap 2 hingga 5
  2. Pengambilan pelajar siswazah adalah daripada tapisan kementerian kesihatan dan jabatan perkhidmatan awam.
  3. Pengambilan pelajar prasiswazah adalah melalui proses temubual calon-calon yang layak daripada senarai yang diberikan oleh pihak UPU.
  4. Pelajar prasiswazah dan siswazah menamatkan pengajian dalam tempoh yang

 

OBJEKTIF KUALITI PENYELIDIKAN

Jabatan Otorinolaringologi – Surgeri Kepala Leher (ORL-SKL) mempunyai potensi melaksanakan penyelidikan yang memenuhi keperluan negara dan mampu menghasilkan penerbitan yang berimpak tinggi. Aset utama penyelidikan adalah dari program siswazah ORL-SKL dimana semua cadangan penyelidikan dibentangkan di jabatan. Tapisan ini memastikan kesemua cadangan penyelidikan.

  1. Semua cadangan penyelidikan diluluskan di peringkat jabatan dan peringkat etika penyelidikan fakulti.
  2. Sekurang-kurangnya setiap pensyarah perlu menerbitkan 2 penerbitan

OBJEKTIF JABATAN OTORINOLARINGOLOGI – SURGERI KEPALA DAN LEHER (ORL-SKL)

Objektif Jabatan Otorinolaringologi – Surgeri Kepala Leher (ORL-SKL) adalah seperti berikut:

Penjagaan Pesakit

Menghormati hak-hak untuk menerima rawatan dan meningkatkan tahap kesihatan pesakit melalui perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan kos efektif. Hak pesakit – piagam pelanggan, perkhidmatan perubatan berkualiti

Pengajaran

  1. Menyediakan program pengajaran ijazah sarjana muda, ijazah sarjana & ijazah doktor pakar yang meliputi teori dan praktikal bagi melahirkan doktor perubatan serta doktor pakar Otorinolaringologi – Surgeri Kepala Leher, yang cekap dan berkeyakinan.
  2. Menjadi pusat latihan serta rujukan berkepakaran tertinggi bagi negara dan rantau

Penyelidikan

  1. Menjalankan aktiviti penyelidikan perubatan dan inovasi yang berterusan bagi mengenalpasti kaedah perawatan terkini dengan kerjasama saintis, pakar klinikal serta industri perubatan.
  2. Menggalakkan secara aktif penerbitan kertas-kertas saintifik di dalam jurnal dan persidangan oleh pelajar dan kakitangan klinikal.