Rakaman Laryngeal Karaoke oleh penyanyi tanah air sempena Hari Suara Sedunia

31 Mar 2022

Cheras, 30 Mac 2022 – Rakaman Laryngeal Karaoke oleh penyanyi tanah air sempena Hari Suara Sedunia telah diadakan pada pagi tadi di Tingkat 9, Jabatan Otorinolaringologi HCTM. Program anjuran Sekretariat Jaringan & Alumni, Fakulti Perubatan dengan kerjasama beberapa artis seperti Dato’ Shafinaz Selamat, Hael Husaini, Misha Omar, Riko Agus SOG, dan Idayu (AF) telah diundang untuk menyanyi dalam keadaan pergerakan peti suara mereka dirakam oleh Pakar Laringologi. Endoskop ini dilaksanakan oleh Pakar Laringologi iaitu Prof. Dr. Marina Bin Mat Baki merangkap Timbalan Dekan Jaringan & Alumni Fakulti Perubatan UKM. Majlis ini dirasmikan oleh Dekan Fakulti Perubatan , YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Bin Abdul Gafor. Turut hadir YBhg.  Prof. Dr. Salina Husain, Ketua Jabatan Otorinolaringologi.

Search

+