Sambutan World Hearing Day 2022 Peringkat HCTM UKM
CHERAS, 3 Mac 2022 – Sambutan World Hearing Day 2022 Peringkat HCTM UKM telah diadakan secara ringkas pada pagi tadi di Lobi Utama HCTM. Bertemakan ‘To hear for life, listen with care‘, objektif sambutan diadakan untuk memberi kesedaran mengenai penjagaan pendengaran, menumpukan pada kepentingan mendengar yang selamat sebagai cara mengekalkan pendengaran yang baik sepanjang hayat. Program anjuran Jabatan Otorinolaringologi HCTM telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM. Sambutan diadakan secara ringkas tetapi amat bermakna. Satu booth dan pameran mini diadakan untuk pelawat dan orang awam yang datang ke Lobi Utama HCTM.











