CME EYEMAX (USER TRAINING)2026

28 Apr 2026

KUALA LUMPUR, 14 April 2026 -Pusat Perkhidmatan Endoskopi dengan kerjasama  MedicPro Health Care Sdn.Bhd telah mengadakan satu bentuk latihan penggunaan dan pengendalian EyeMax . Seramai 23 orang kakitangan pusat telah didedahkan secara terperinci tentang cara pengedalian mesin tersebut. Latihan bersemuka ini amat penting agar kualiti serta  ketepatan visual dan proses rawatan tidak terganggu apabila telah mula digunakan.

Dalam prosedur ERCP, ketepatan visual memainkan peranan yang sangat kritikal dalam menentukan diagnosis dan rawatan yang tepat

Sebelum ini, penilaian banyak bergantung kepada imaging tidak langsung. Namun dengan EyeMax, doktor kini mempunyai keupayaan untuk melakukan visualisasi secara terus ke dalam saluran hempedu dan pankreas.

Dilengkapi dengan resolusi tinggi serta working channel, eyeMax membolehkan pelbagai intervensi dilakukan secara serentak termasuk pengambilan sampel tisu (biopsy), penyingkiran batu (stone removal) serta penilaian struktur saluran dengan lebih terperinci.

Reka bentuknya yang fleksibel dan mudah dikendalikan juga menyokong kecekapan prosedur, sambil meningkatkan tahap keyakinan klinikal dalam membuat keputusan.

Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuhkan ketepatan diagnosis, malah membantu mempercepatkan rawatan yang lebih efektif dan bersasar.

 

BENGKEL ENDOSCOPIC SLEEVE GASTROPLASTY 2026

28 Apr 2026

KUALA LUMPUR, 16 April 2026 — Satu  Bengkel Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG) 2026, yang dikelolakan oleh Unit Gastrointestinal, Obesity Dan metabolic surgeri dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Endoskopi telah diadakan bagi mencapai  visi HCTM   untuk menjadi pusat rujukan perkhidmatan klinikal yang unggul, efisien, dan berkualiti, dan cemerlang bagi perawatan pesakit. Bengkel bertemakan “Safe ,Effective ,Sustainable.Your Path to A Healthier You” ini memfokuskan kepada keberkesanan prosedur ESG yang semakin meningkat dalam merawat obesiti serta keadaan metabolik yang berkaitan. Berbeza dengan pembedahan bariatrik tradisional, ESG adalah prosedur tanpa hirisan yang dilakukan melalui mulut menggunakan endoskop dan sistem jahitan khas, seperti sistem OverStitch™ daripada Boston Scientific

 Bengkel ini menampilkan pakar-pakar terkemuka dalam bidang penjagaan bariatrik dan metabolic di Hctm.

Prof. Madya Dato’ Dr. Nik Ritza Kosai: Pakar Perunding Kanan Pembedahan Atas GI dan Metabolik,  dan Dr. Loo Guo Hou: Pakar Bedah Am,Obesiti dan Metabolik Surgeri

 Dengan sokongan daripada Boston Scientific,selaku rakan strategic dalam kolaborasi bersama ,matlamat penganjuran bengkel ini dapat dicapai dan kualiti prosedur ini dapat dimaksimumkan dengan penggunaan peralatan secara tepat dan berkesan. Kolaborasi ini juga bertujuan untuk meluaskan latihan bagi golongan profesional perubatan di Malaysia, sekali gus memastikan akses yang lebih luas kepada rawatan invasif minimum di sektor kesihatan awam. 

 Bengkel ini bukan sekadar sesi latihan, ia melambangkan detik penting dalam memperluaskan pilihan buat pesakit di Malaysia  khususnya di HCTM.

The 2nd Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG) Workshop

31 Oct 2025

Unit Gastroenterologi dan Hepatologi, Jabatan Perubatan dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Endoskopi serta Unit Upper GI & Bariatrik Surgeri telah berjaya menganjurkan The 2nd Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG) Workshop di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Bengkel ini bertujuan memberikan latihan teori dan praktikal kepada pakar serta pakar pelatih Gastroenterologi mengenai teknik ESG – iaitu satu prosedur endoskopi terkini yang menawarkan pendekatan tidak invasif dalam rawatan obesiti, khususnya bagi pesakit dengan sindrom metabolik dan penyakit hati berlemak.

Penganjuran bengkel ini telah dipimpin oleh pakar-pakar terkemuka dalam bidang masing-masing, iaitu Dr. Deborah Chew (Pakar Perunding Gastroenterologi), Prof. Datuk Dr. Nik Kusai (Pakar Perunding Bedah Upper GI), dan Dr. Loo Guo Hou (Pakar Bedah Upper GI). Kehadiran dan kepakaran mereka telah memberikan nilai tambah yang signifikan dalam memastikan bengkel ini berlangsung dengan jayanya.

Isu obesiti di Malaysia kini berada pada tahap yang membimbangkan, apabila Laporan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019 menunjukkan bahawa hampir 50% populasi dewasa mengalami masalah berat badan berlebihan atau obes (30.4% berlebihan berat badan dan 19.7% obes). Malaysia juga dikenal pasti sebagai negara dengan kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara. Fenomena ini turut meningkatkan risiko penyakit metabolik seperti diabetes, hipertensi, penyakit jantung serta penyakit hati berlemak, sekali gus memberi cabaran besar kepada sistem kesihatan negara.

Sehubungan itu, penganjuran bengkel ini bukan sahaja relevan tetapi juga kritikal dalam menyediakan kepakaran tempatan bagi menangani isu obesiti yang semakin meningkat.

Kejayaan bengkel ini turut memberi impak besar kepada Pusat Perkhidmatan Endoskopi HCTM kerana ia memperkukuh peranan pusat sebagai hab latihan dan rujukan dalam bidang endoskopi canggih. Pada masa yang sama, ia melonjakkan imej HCTM sebagai hospital akademik yang berupaya menawarkan rawatan inovatif sejajar dengan standard antarabangsa. Lebih luas lagi, kejayaan ini juga memberi impak positif kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana ia menonjolkan UKM sebagai institusi pendidikan tinggi yang berperanan aktif dalam melahirkan pakar perubatan bertaraf global, memperkukuh reputasi universiti dalam bidang penyelidikan klinikal, serta meningkatkan visibiliti UKM di peringkat serantau dan antarabangsa.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Pusat Perkhidmatan Endoskopi HCTM

2 May 2025

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Pusat Perkhidmatan Endoskopi HCTM telah diadakan pada Jumaat (18 April 2025). Majlis ini dianjurkan dengan tujuan untuk mengeratkan silaturahim antara warga kerja Endoskopi serta menghargai sokongan dan komitmen daripada pihak pengurusan HCTM dan rakan kolaboratif. Ia juga menjadi platform menghargai kerjasama pasukan yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan operasi pusat endoskopi. Majlis berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh kemesraan, mencerminkan semangat kekeluargaan serta kesepaduan warga HCTM. Kehadiran pihak pengurusan tertinggi serta tokoh akademik seperti Professor Raja Affendi turut menyerikan majlis dan memperkukuhkan lagi komitmen terhadap pembangunan perkhidmatan endoskopi yang cemerlang.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah HCTM, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), Profesor Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Dekan Fakulti Perubatan Sunway Universiti, Professor Raja Affendi Raja Ali, Ketua Pusat Perkhidmatan Endoskopi, Prof. Dr. Faisal Abdul Hamid, dan Timbalan Ketua Pusat Endoskopi, Dr. Fahrol Fahmy Jaafar.

Sekalung Penghargaan – Dr. Nur Afdzillah Abdul Rahman

13 Dec 2024

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Nur Afdzillah Abdul Rahman atas sumbangan dan khidmat bakti sepanjang menjalankan tugas sebagai Ketua Pusat Perkhidmatan Endoskopi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, UKM.

Tahniah – Prof. Dr. Mohamed Faisal Abdul Hamid

13 Dec 2024
Tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Mohamed Faisal Abdul Hamid atas pelantikan sebagai Ketua Pusat Perkhidmatan Endoskopi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz berkuatkuasa 6 Disember 2024 hingga 5 Disember 2027.

Majlis Penyerahan Sistem Electronic Medical Report (EMR) Pusat Perkhidmatan Endoskopi

14 Nov 2024

Satu lakaran sejarah tercipta buat Pusat Perkhidmatan Endoskopi pada tahun ini apabila  Sistem Eletronik Medical Report telah boleh digunakan mulai Ogos yang lalu bagi menggantikan sistem permohonan prosedur dan laporan yang sebelum ini dibuat secara manual. Dengan adanya sistem yang baharu ini, doktor dan kakitangan  boleh membuat permohonan prosedur secara atas talian dan semua laporan prosedur Endoskopi boleh diakses secara atas  talian.

Pada 8 November 2024, pada Majlis Serahan Sistem Eletronik Medical Report, pihak Bahagian Teknologi Maklumat Kampus Kuala Lumpur telah menyerahkan sistem ini kepada Pusat Perkhidmatan Endoskopi. Pusat Perkhidmatan Endoskopi mengucapkan terima kasih kepada wakil Bahagian Teknologi Maklumat KKL, iaitu ketua projek EMR Pusat Perkhidmatan Endoskopi, Pn.Tengku Norliza Tn.Mohd Ghazali, dan pasukan beliau yang telah mengusahakan sistem ini.

HCTM UKM SSD Case Mentoring  Workshop

14 Nov 2024

Pada 23 dan 25 Oktober 2024 yang lalu,  HCTM UKM SSD Case Mentoring  Workshop telah dianjurkan buat kali ketiga di Pusat Perkhidmatan Endoskopi HCTM. Sebagai kesinambungan  bengkel  yang lalu,  bengkel kali ini dianjurkan bagi memantapkan lagi tahap kemahiran prosedur perkhidmatan EMR, ESD dan POEM.

Bengkel ini telah menjemput  doktor pakar dari peringkat antarabangsa  (speaker and trainer) iaitu  Prof. Dr. Hon Chi Yip, pakar daripada The Chinese University Of Hong Kong Sar, China. Bengkel dihadiri oleh doktor pakar dari Unit Gastroenterologi dan Hepatologi, Unit Colorektal surgeri dan Unit Upper G.I & Bariatric Surgeri.

Penganjur utama ialah Pusat Perkhidmatan Endoskopi, bersama-sama dengan rakan kolaborasi iaitu CREO MEDICAL, serta OLYMPUS dan MICRO-TECH ENDOSCOPY telah menjayakan bengkel ini. Bengkel ini telah diterajui oleh Prof. Dato’ Dr. Nik Ritza Kosai bin Nik Mahmood.

1 2 3 4

Search

+