ENDOSCOPIC FULL -THICKNESS RESECTION (eFTR) WORKSHOP 2026

11 Aug 2026

 

 

KUALA LUMPUR, 23 Julai 2026 – Lebih 20 orang pakar perubatan tempatan telah berkumpul di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) semalam bagi menyertai kursus persijilan intensif Endoscopic Full-Thickness Resection (eFTR). Program ini memfokuskan kepada latihan praktikal menggunakan sistem peralatan khas FTRD.

Inisiatif latihan sehari suntuk ini bertujuan untuk meningkatkan kepakaran dan standard rawatan kecederaan gastrointestinal secara invasif minimum (tanpa pembedahan terbuka) di Malaysia.

 

Program teknikal ini dimulakan dengan sesi teori pada sebelah pagi bagi membincangkan indikasi klinikal, mekanik pengendalian, dan panduan prosedur sistem FTRD.

Para doktor yang mengambil bahagian telah menjalankan simulasi pemotongan menggunakan model tisu lembu (bovine tissue model). Latihan makmal ini membolehkan pakar perubatan mengasah kemahiran kawalan margin dan aplikasi peranti dalam senario klinikal sebenar sebelum mempraktikkannya kepada pesakit.

Bengkel kepakaran   ini merupakan hasil kerjasama pintar melibatkan tiga tunjang utama perkhidmatan kesihatan di HCTM iaitu Upper GI, Bariatric & Metabolic Surgery Unit, bersama Gatroenterology & Hepatology Unit bersama Pusat Perkhidmatan Endoskopi, HCTM

Integrasi antara jabatan pembedahan dan perubatan gastrointestinal ini membuktikan komitmen HCTM dalam menyediakan rawatan berimpak tinggi yang lebih selamat dan cepat sembuh untuk pesakit.

 

Search

+