HCTM MELAKAR SEJARAH: HOSPITAL PENGAJAR PERTAMA DI MALAYSIA MENERIMA SISTEM OPTIFLOW THRIVE DARIPADA FISHER & PAYKEL

29 Oct 2026

28 Oktober 2026

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), terus mengorak langkah progresif dalam memperkasa perkhidmatan klinikal apabila menjadi hospital pengajar pertama di Malaysia menerima sistem Optiflow THRIVE daripada Fisher & Paykel untuk menyokong pengurusan pesakit semasa prosedur endoskopi.

 

Penyerahan peralatan telah disempurnakan oleh Mr. Soo Yun Xiang, wakil Ummi Surgical Sdn. Bhd., kepada Prof. Dr. Mohamed Faisal Abdul Hamid, Ketua Pusat Perkhidmatan Endoskopi HCTM, dengan disaksikan oleh En. Muhammad Izzuddin, Jurutera Biomedikal, Jabatan Pembangunan Prasarana, Kampus Kuala Lumpur.

 

Sistem Optiflow THRIVE merupakan teknologi terapi oksigen aliran tinggi melalui kanula nasal yang membekalkan oksigen yang dipanaskan dan dilembapkan. Teknologi ini berpotensi membantu mengekalkan pengoksigenan pesakit sepanjang prosedur khususnya prosedur endoskopi yang memerlukan pemantauan rapi terhadap status pernafasan. Penggunaannya adalah berdasarkan penilaian klinikal, kesesuaian pesakit dan jenis prosedur yang dijalankan.

 

Penerimaan teknologi ini merupakan satu pencapaian bermakna buat HCTM dan UKM dalam memperkukuh infrastruktur perubatan moden, menyokong amalan klinikal berasaskan bukti serta meningkatkan kesiapsiagaan perkhidmatan endoskopi dalam menghadapi keperluan penjagaan pesakit yang semakin kompleks.

 

Lebih daripada sekadar penerimaan peralatan, pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan HCTM sebagai institusi hospital pengajar dalam meneroka dan mengadaptasi inovasi perubatan demi mempertingkatkan mutu perkhidmatan, keselamatan pesakit serta kecemerlangan penjagaan kesihatan.

 

Tahniah kepada Pusat Perkhidmatan Endoskopi HCTM dan semua pihak yang terlibat atas pencapaian bersejarah ini. Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin kepada penerapan teknologi perubatan yang lebih maju, selamat dan berkesan demi manfaat pesakit serta pembangunan perkhidmatan kesihatan negara.

28 Oktober 2026

 

info grafik

INFO ENDOSKOPI

21 Oct 2026

Selaras dengan misi HCTM  mencapai  kecemerlangan dalam bidang perkhidmatan, pendidikan dan penyelidikan di samping menyediakan kakitangan yang berkemahiran dan kemudahan perubatan moden, canggih dan kos efektif.

ENDOSCOPIC FULL -THICKNESS RESECTION (eFTR) WORKSHOP 2026

11 Aug 2026

 

 

KUALA LUMPUR, 23 Julai 2026 – Lebih 20 orang pakar perubatan tempatan telah berkumpul di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) semalam bagi menyertai kursus persijilan intensif Endoscopic Full-Thickness Resection (eFTR). Program ini memfokuskan kepada latihan praktikal menggunakan sistem peralatan khas FTRD.

Inisiatif latihan sehari suntuk ini bertujuan untuk meningkatkan kepakaran dan standard rawatan kecederaan gastrointestinal secara invasif minimum (tanpa pembedahan terbuka) di Malaysia.

 

Program teknikal ini dimulakan dengan sesi teori pada sebelah pagi bagi membincangkan indikasi klinikal, mekanik pengendalian, dan panduan prosedur sistem FTRD.

Para doktor yang mengambil bahagian telah menjalankan simulasi pemotongan menggunakan model tisu lembu (bovine tissue model). Latihan makmal ini membolehkan pakar perubatan mengasah kemahiran kawalan margin dan aplikasi peranti dalam senario klinikal sebenar sebelum mempraktikkannya kepada pesakit.

Bengkel kepakaran   ini merupakan hasil kerjasama pintar melibatkan tiga tunjang utama perkhidmatan kesihatan di HCTM iaitu Upper GI, Bariatric & Metabolic Surgery Unit, bersama Gatroenterology & Hepatology Unit bersama Pusat Perkhidmatan Endoskopi, HCTM

Integrasi antara jabatan pembedahan dan perubatan gastrointestinal ini membuktikan komitmen HCTM dalam menyediakan rawatan berimpak tinggi yang lebih selamat dan cepat sembuh untuk pesakit.

 

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PUSAT PERKHIDMATAN ENDOSKOPI TAHUN 2026

25 May 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, YBhg. Prof. Ulung/Prof./Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Perkhidmatan Endoskopi, HCTM sedang menjalankan soal selidik kepuasan perkhidmatan bagi mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap perkhidmatan dan aktiviti kami. Maklum balas ini akan digunakan untuk tujuan meningkatkan prestasi dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan kami pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, sukacita kami menjemput YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dan semua Warga HCTM serta orang ramai untuk memberikan maklum balas terhadap soal selidik kepuasan perkhidmatan kami. Semua maklumat yang diberikan adalah SULIT untuk kegunaan kajian ini sahaja.

https://esurveyhctm.hctm.ukm.my/index.php?t=13594e87fe2494d15300b5904c37fe1340aaee98d9d78735dc573bbcfcde409a294652dd66c704adbbcb96c6a1e0a1b17dc4db3cbf8a780cf7f3231d2883e787&ifl=c29hbGFubHVhcnwkTjRrMyE=&di=Mjg0fCRONGszIQ==

SAMBUTAN HARI ASMA SEDUNIA 2026 @ HCTM

19 May 2026

 

KUALA LUMPUR, 5 Mei 2026 (Selasa) – Bersempena dengan sambutan Hari Asma Sedunia 2026, Pusat Perkhidmatan Endoskopi dengan kerjasama Pusat Jantung & Paru-Paru, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah berjaya menganjurkan Program Hari Asma peringkat hospital. Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasakan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengurusan asma yang efektif dan mampan.

Penganjuran program ini adalah selari dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan) serta SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan). Melalui usaha pencegahan dan pendidikan kesihatan pernafasan, HCTM komited dalam mempromosikan persekitaran hospital yang sihat, selamat, dan kondusif bagi manfaat komuniti setempat.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah HCTM, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharuddin. Program ini turut mendapat sokongan padu melalui kolaborasi strategik bersama pihak industri, AstraZeneca Sdn. Bhd.

Bagi menarik minat dan memberikan pengisian bermakna kepada para pengunjung, pelbagai segmen interaktif telah disusun, antaranya:

  • Kaunter Saringan Kesihatan: Merangkumi Ujian Peak Flow bagi menilai tahap fungsi paru-paru.
  • Demonstrasi Teknik Inhaler: Sesi bimbingan praktikal untuk memastikan keberkesanan rawatan pesakit.
  • Program Kuiz Kesihatan: Aktiviti didik hibur bagi menguji kefahaman mengenai penyakit asma.
  • Aktiviti Fizikal: Sesi senamrobik dan latihan pernafasan yang mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung, pelawat, serta kakitangan hospital.

Melalui penganjuran ini, HCTM berharap agar masyarakat lebih peka terhadap pengurusan asma secara klinikal sekaligus mengurangkan risiko serangan asma yang serius di masa hadapan.

CME EYEMAX (USER TRAINING)2026

28 Apr 2026

KUALA LUMPUR, 14 April 2026 -Pusat Perkhidmatan Endoskopi dengan kerjasama  MedicPro Health Care Sdn.Bhd telah mengadakan satu bentuk latihan penggunaan dan pengendalian EyeMax . Seramai 23 orang kakitangan pusat telah didedahkan secara terperinci tentang cara pengedalian mesin tersebut. Latihan bersemuka ini amat penting agar kualiti serta  ketepatan visual dan proses rawatan tidak terganggu apabila telah mula digunakan.

Dalam prosedur ERCP, ketepatan visual memainkan peranan yang sangat kritikal dalam menentukan diagnosis dan rawatan yang tepat

Sebelum ini, penilaian banyak bergantung kepada imaging tidak langsung. Namun dengan EyeMax, doktor kini mempunyai keupayaan untuk melakukan visualisasi secara terus ke dalam saluran hempedu dan pankreas.

Dilengkapi dengan resolusi tinggi serta working channel, eyeMax membolehkan pelbagai intervensi dilakukan secara serentak termasuk pengambilan sampel tisu (biopsy), penyingkiran batu (stone removal) serta penilaian struktur saluran dengan lebih terperinci.

Reka bentuknya yang fleksibel dan mudah dikendalikan juga menyokong kecekapan prosedur, sambil meningkatkan tahap keyakinan klinikal dalam membuat keputusan.

Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuhkan ketepatan diagnosis, malah membantu mempercepatkan rawatan yang lebih efektif dan bersasar.

 

BENGKEL ENDOSCOPIC SLEEVE GASTROPLASTY 2026

28 Apr 2026

KUALA LUMPUR, 16 April 2026 — Satu  Bengkel Endoscopic Sleeve Gastroplasty (ESG) 2026, yang dikelolakan oleh Unit Gastrointestinal, Obesity Dan metabolic surgeri dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Endoskopi telah diadakan bagi mencapai  visi HCTM   untuk menjadi pusat rujukan perkhidmatan klinikal yang unggul, efisien, dan berkualiti, dan cemerlang bagi perawatan pesakit. Bengkel bertemakan “Safe ,Effective ,Sustainable.Your Path to A Healthier You” ini memfokuskan kepada keberkesanan prosedur ESG yang semakin meningkat dalam merawat obesiti serta keadaan metabolik yang berkaitan. Berbeza dengan pembedahan bariatrik tradisional, ESG adalah prosedur tanpa hirisan yang dilakukan melalui mulut menggunakan endoskop dan sistem jahitan khas, seperti sistem OverStitch™ daripada Boston Scientific

 Bengkel ini menampilkan pakar-pakar terkemuka dalam bidang penjagaan bariatrik dan metabolic di Hctm.

Prof. Madya Dato’ Dr. Nik Ritza Kosai: Pakar Perunding Kanan Pembedahan Atas GI dan Metabolik,  dan Dr. Loo Guo Hou: Pakar Bedah Am,Obesiti dan Metabolik Surgeri

 Dengan sokongan daripada Boston Scientific,selaku rakan strategic dalam kolaborasi bersama ,matlamat penganjuran bengkel ini dapat dicapai dan kualiti prosedur ini dapat dimaksimumkan dengan penggunaan peralatan secara tepat dan berkesan. Kolaborasi ini juga bertujuan untuk meluaskan latihan bagi golongan profesional perubatan di Malaysia, sekali gus memastikan akses yang lebih luas kepada rawatan invasif minimum di sektor kesihatan awam. 

 Bengkel ini bukan sekadar sesi latihan, ia melambangkan detik penting dalam memperluaskan pilihan buat pesakit di Malaysia  khususnya di HCTM.

1 2 3 … 5

Search

+