IBD Preceptorship Workshop

11 Oct 2022

Pada 29 hingga 30 September 2022, Pusat Perkhidmatan Endoskopi telah mengadakan program ‘IBD Preceptorship‘. Program ini adalah anjuran bersama Malaysian Society of Gastroenterology and Hepatology (MSGH) dan National Gastroenterology & Hepatology Training Committee. Program yang berlangsung selama 5 hari (26 hingga 28 September 2022 berlangsung di Pusat Perubatan Universiti Malaya) ini bertujuan memberikan pendedahan mendalam kepada pakar pelatih gastroenterologi berkenaan bidang Inflammatory Bowel Disease. Di HCTM, pelbagai siri ceramah & diskusi telah disampaikan oleh pakar-pakar perunding Gastroenterologi, Radiologi dan Patologi. Sesi latihan intestinal ultrasound & pemerhatian endoskopi juga telah berjaya diadakan.

Semoga program ini memberi manfaat & mencapai objektifnya. Jutaan terima kasih juga kepada semua kakitangan Endoskopi yang terlibat.

Demonstrasi Prosedur Endoskopi Teknologi A.I

30 Sep 2022

Pada 24 Ogos 2022, Pusat Perkhidmatan Endoskopi telah menjalankan sesi demostrasi prosedur endoskopi yang dilengkapi dengan teknologi Artificial Intelligence (A.i). Teknologi A.i adalah program teknologi terkini digunakan dalam diagnosis pesakit bagi mengesan dan menilai tahap peratusan tisu yang berpotensi sebagai sel tidak normal. Beberapa doktor pakar daripada Surgeri dan Perubatan (Gastroenterologi) telah menghadiri sesi demonstasi ini yang di bawa oleh AI Medical Service Inc.

2nd National GI Endoscopy DOPS Workshop 2018

8 Oct 2018

9 dan 10 Oktober 2018 yang lalu telah berlangsung  satu bengkel anjuran Pusat Perkhidmatan Endoskopi dengan kerjasama Unit Gastroenterologi, Jabatan Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM  iaitu 2nd GI Endoscopy DOPS Workshop, Program ini adalah bertujuan memberikan ilmu pengetahuan dan kemahiran Endoskopi asas secara terus kepada peserta oleh penilai yang tersohor dikalangan Pakar-Pakar Gastroenterologi dan Bedah di Malaysia.

BASIC ERCP HANDS ON & LIVE CASE WORKSHOP 2017

5 Dec 2017

Program ini akan dijalankan pada 12 Disember 2017 di Bilik Fluroskopi, Pusat Perkhidmatan Endoskopi.Program ini dapat memberi pendedahan kepada pakar-pakar muda untuk mempelajari teknik teknik terbaru Prosedur ERCP.Pakar yang terlibat ialah Mr. Hairol Azrin Othman, Pakar Bedah Hepatobiliari dan Pankreas, Jabatan Surgeri,HCTM, Pusat Perubatan UKM.

0830 – 0850 Anatomy of papilla, pancreatic duct and the biliary tree

Mr. Ian Chik

0850 – 0910 Principles of Therapeutic ERCP,

Mr. Hairol Azrin Othman

Intubation

Cannulation

Techniques

Therapeutic options

ALARA

0940 -1240 VISTA®  Hands-on session

Fasilitator: Mr. Hairol Azrin Othman

Sphincterotomy

Stone Extraction techniques

Biliary Stenting

Pancreatic Cannulation

1400-1630 LIVE cases

Fasilitator: Mr. Hairol , Mr. Zamri, Mr. Azlanudin

BENGKEL PER ORAL ENDOSCOPY MYOTOMY ( POEM)

12 Jul 2017

Unit Gastroenterologi dan Pusat Perkhidmatan Endoskopi akan mengadakan Bengkel POEM untuk rawatan Achalasia cardia pada 24 Julai 2017 di Dewan Bedah AM, Pusat Perubatan UKM.Speaker jemputan ialah Dr Esperanza Grace R. Santi, M.D, Gastroenterologist dari De La Salle University Medical Centre, Philiphines.

1ST NATIONAL GIA ENDOSCOPY WORKSHOP

6 Jul 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Perkhidmatan Endoskopi dengan kerjasama Unit Gastroenterologi, Jabatan Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM akan menganjurkan 1st National Gastro Intestinal Assistant (GIA) Endoscopy Workshop, yang akan berlangsung pada 20 sehingga 21 Julai 2017. Program ini adalah yang julung kali diadakan di Malaysia yang memberikan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pencucian dan penjagaan peralatan perubatan terutama endoskop mengikut kualiti standard yang lebih maju dan terkehadapan dan sesuai dengan standard WHO.

DIGESTIVE & LIVER DAY 2017 DI PUSANIKA, UKM ,BANGI

31 Mar 2017

Unit Gastroenterologi, Jabatan Perubatan dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Endoskopi ,Hospital Canselor Tunku Muhriz, Perubatan UKM akan mengadakan Program Digestive & Liver Day 2017 , peringkat UKM pada tarikh dan tempat berikut: –

Tarikh            :          25  Mei 2017 (Khamis)

Masa               :           8.30-3.00 petang

Tempat           :           Aras 5 & Aras 6, Pusanika,UKM, Bangi.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pendidikan kesihatan dan pengetahuan kepada kakitangan dan pelajar UKM serta orang ramai mengenai penyakit usus dan hati .

Pelbagai aktiviti pameran dijalankan seperti :

  1. Saringan untuk mengesan penyakit Kanser Kolorektal secara percuma
  2. Menjalankan Ujian Hepatitis B dan C kepada orang ramai secara percuma
  3. Ujian untuk mengesan penyakit hati (prosedur Fibroscan) secara percuma
  4. Forum Ekslusif dan Ceramah berkenaan penyakit usus dan hati yang dibincangkan oleh pakar-pakar perubatan.
  5. Jualan Vitagen

Dijemput semua hadir untuk pemeriksaan tahap kesihatan serta mendapatkan khidmat nasihat dari pakar-pakar yang berkenaan penyakit usus dan hati.

Digestive & Liver Day 2017

5 Jan 2017

Unit Gastroeneterologi, Jabatan Perubatan dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan Endoskopi akan mengadakan Program Digestive & Liver Day 2017, peringkat PPUKM pada tarikh dan tempat berikut: –

Tarikh            :          12 Januari 2017 (Khamis)

Masa               :           8.30-3.00 petang

Tempat           :           Lobi Utama, PPUKM.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi pendidikan kesihatan dan pengetahuan kepada pesakit dan orang ramai mengenai penyakit kronik hati hepatitis B. Disamping itu, ujian saringan percuma turut diadakan untuk mengesan virus hepatitis B dengan pengambilan darah.

Digestive & Liver Day 2017 merupakan  satu mekanisma bagi memperkenalkan gaya hidup sihat dan sejahtera kepada semua. Melalui aktiviti yang sihat, mampu melahirkan komuniti sejahtera. Maka penganjuran program ini bertujuan bagi meningkatkan tahap kesihatan usus dan hati di kalangan warga kerja PPUKM, para pesakit dan juga orang awam.

1 2 3 4

Search

+