Hospital Canselor Tuanku Muhriz Lancarkan Inisiatif ‘πππππ ππππππππππ ’ Demi Kelestarian Alam Sekitar
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) hari ini melancarkan inisiatif Green Nephrology sebagai langkah proaktif mengimbangi keperluan rawatan kritikal dengan kelestarian alam sekitar. Inisiatif tersebut diperkenalkan sempena Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2026 peringkat HCTM bertemakan βKidney Health For All – Caring For People Protecting The Planetβ yang berlangsung di Lobi Utama hospital, di sini hari ini.
Pengarah HCTM, Datoβ Dr. Azmi Baharudin berkata, meskipun rawatan nefrologi khususnya hemodialisis merupakan prosedur menyelamatkan nyawa, ia meninggalkan kesan ekologi yang besar melalui penggunaan sumber secara intensif. Menurut beliau, data menunjukkan setiap sesi rawatan menggunakan sekitar 120 liter air bersih dan menghasilkan hampir dua kilogram sisa plastik.
“Bagi pesakit yang menjalani rawatan tiga kali seminggu, jumlah ini boleh mencecah hampir 19,000 liter air dan lebih 300 kilogram sisa plastik setahun.
“Sekiranya tiada tindakan diambil mulai sekarang, beban terhadap alam sekitar akan terus meningkat seiring dengan pertambahan pesakit buah pinggang di Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan majlis tersebut.
Datoβ Dr. Azmi menegaskan bahawa sebagai sebuah hospital pengajar universiti, HCTM memikul tanggungjawab besar untuk menerajui usaha kelestarian dalam bidang perubatan negara. Beliau menambah, inisiatif Green Nephrology kini bukan lagi sekadar satu pilihan, malahan telah menjadi satu tanggungjawab wajib dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih lestari dan mesra alam.
“Melalui prinsip βCaring for Peopleβ, kami komited menyediakan perkhidmatan yang cekap, pantas dan mesra. Namun, tanggungjawab itu diperluas melalui konsep βProtecting the Planetβ dengan mengintegrasikan amalan mesra alam dalam operasi harian,” jelas beliau.
Sambutan tersebut merupakan manifestasi HCTM dalam memperkukuh sistem kesihatan mampan bagi memastikan kesejahteraan pesakit dan pemuliharaan alam sekitar berjalan seiringan.
Galeri Gambar: https://www.facebook.com/share/p/18U1JoLg6Y/
