PERKHIDMATAN UNIT KESIHATAN

Pengurusan tibi di fasiliti kesihatan iaitu hospital memainkan peranan yang penting dalam mengawal dan mencegah penularan penyakit ini di kalangan petugas kesihatan dan juga kepada kakitangan yang lain. Pengurusan penyakit tibi yang lemah, kurang efektif dan tidak menyeluruh akan menyebabkan kadar jangkitan penyakit yang tinggi di institusi tersebut seterusnya meningkatkan risiko jangkitan kepada seluruh kakitangan hospital.

 

OBJEKTIF

  1. Mengurangkan kadar kejadian penyakit tibi di HCTM
  2. Mencegah dan mengawal penularan penyakit tibi di HCTM
  3. Mempertingkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan penyakit tibi di kalangan warga HCTM
  4. Meningkatkan promosi kesihatan berkaitan Tibi di kalangan warga HCTM

 

AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN TIBI

  1. Promosi pendidikan kesihatan berkaitan Tibi

Mengadakan forum dan ceramah pendidikan yang berkaitan untuk seluruh warga HCTM bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang Tibi. Selain daripada itu, phak UKKP akan berterusan memberikan pendidikan, promosi dan kesedaran kesihatan berkaitan penyakit tibi untuk melalui medium yang lain seperti poster dan juga web digital.

  1. Siasatan kejadian penyakit Tibi

Pihak UKKP menjalankan siasatan bagi kejadian peyakit Tibi pekerjaan dalam kalangan kakitangan kesihatan bagi menyiasat punca jangkitan dan menghasilkan cadangan mitigasi untuk menambah baik persekitaran tempat kerja agar menjadi sihat dan selamat.

  1. Pemantauan dan penguatkuasaan kawalan dan pencegahan Tibi

Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, HCTM seperti juga majikan yang lain adalah bertanggungjawab di atas keselamatan dan kesihatan pekerja dan juga orang ramai yang berkunjung untuk mendapatkan perkhidmatan di HCTM. Aktiviti ini dilakukan bersama audit PKKTK bagi memantau pematuhan dan menguatkuasa terhadap tatacara amalan dan juga tanggungjawab organisasi berkaitan  pencegahan dan kawalan infeksi di setiap lokasi kerja yang berisiko.