Akta Kualiti Alam Sekeliling di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Peraturan 11

Sisa kimia boleh mendatangkan hazad kerana ciri/ sifat fizikal dan kimianya.  Apa –apa buangan yang termasuk dalam kategori buangan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama (Peraturan 2), Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 dianggap buangan terjadual yang perlu dilupuskan di premis yang ditetapkan sahaja.

Sehubungan itu, mana-mana Jabatan/Unit/Institut/Disiplin yang menggunakan bahan kimia dan menghasilkan sisa kimia yang hendak dilupuskan perlu mengisi dan mengembalikan semula borang-borang inventori seperti dibawah Setiap Bulan untuk rekod dan rujukan pihak Bahagian Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (BKKPP), Jabatan Pendaftar, Kampus Kuala Lumpur selanjutnya.

Pegawai Insiden / wakil Jabatan/Unit/Institut/Disiplin perlu menghantar borang – borang inventori tersebut pada Seminggu Terakhir Setiap Bulan melalui emel kepada nurfatihah@ppukm.ukm.edu.my 

Berikut adalah borang – borang yang boleh dimuat turun :

  1. Pengkelasan BT
  2. Borang Pelupusan Buangan Terjadual Sisa Kimia
  3. Borang Ringkasan Pelupusan Buangan Terjadua Sisa Kimia
  4. Borang Pelupusan Botol Kosong & Peralatan Kaca
  5. Borang Ringkasan Pelupusan Botol Kosong & Peralatan Kaca