Pegawai Insiden merupakan kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang secara umumnya bertanggungjawab terhadap aktiviti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau kebakaran atau kecemasan di zon seliaan masing-masing. Pelantikan dibuat oleh Pengerusi JKKP, HCTM. Tempoh pelantikan Pegawai Insiden adalah selama dua (2) tahun.
Setiap Jabatan / Unit / Pusat di setiap tingkat bangunan perlu ada sekurang-kurangnya seorang (1) Pegawai Insiden. Pegawai Insiden yang dilantik mestilah kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang bertugas di tingkat tersebut. Bilangannya boleh melebihi dari seorang bergantung kepada keluasan kawasan dan keperluan.
Senarai Tugas Pegawai Insiden
Garis panduan ini menerangkan Senarai Tugas Am Pegawai Insiden dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran / kecemasan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).