Objektif

1. Memastikan keselamatan, kesihatan dan persekitaran pekerjaan kakitangan serta pelanggan HCTM sentiasa berada di tahap optima.
2. Memastikan keperluan perundangan berkaitan keselamatan dan pekerjaan dipatuhi oleh setiap PTJ.
3. Memastikan persekitaran pekerjaan HCTM yang kondusif dan selamat.
4. Memperkasadaya pihak pengurusan setiap PTJ bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan masing-masing terjamin.
5. Memperkasadaya kakitangan HCTM dalam memastikan keselamatan dan kesihatan diri sendiri di tempat kerja.

Fungsi

1. Memantau dan memastikan pematuhan akta dan peraturan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan di HCTM.
2. Mengkaji keperluan dasar, tataamalan, program dan aktiviti keselamatan, kesihatan, dan persekitaran pekerjaan di HCTM.
3. Merangka dan membangunkan dasar atau polisi berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di HCTM.
4. Membentuk garis panduan, tataamalan, program dan aktiviti.
5. Memantau penguatkuasaan dasar dan polisi serta memantau pelaksanaan tataamalan, program dan aktiviti oleh setiap jabatan di HCTM.
6. Memberi latihan berkaitan keselamatan, kesihatan dan persekitaran pekerjaan kepada warga HCTM.
7. Memberi khidmat konsultasi keselamatan, kesihatan dan persekitaran pekerjaan kepada setiap warga HCTM.