KEMALANGAN TEMPAT KERJA (NADOOPOD)
Kakitangan HCTM hendaklah melaporkan kejadian kemalangan dan kejadian berbahaya yang berlaku di tempat kerja di HCTM. Definisi Kemalangan Di Tempat Kerja adalah kemalangan di HCTM yang berkaitan daripada pekerjaan yang dilakukan oleh warga dan pelanggan HCTM (kakitangan, pelajar, kontraktor). Antara contoh kriteria kemalangan yang mungkin boleh berlaku di HCTM adalah jatuh, tersepit, luka dan terkena mesin / peralatan.
Definisi kejadian berbahaya pula adalah suatu kejadian yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja. Antara contoh kriteria kejadian berbahaya yang mungkin boleh berlaku di HCTM adalah kebakaran, tumpahan kimia, letupan, litar pintas, runtuhan struktur bangunan dan lain-lain seperti tindakan agresif.