1. FUNGSI
  • Menyelaras program dan aktiviti keselamatan, kesihatan dan persekitaran yang dijalankan oleh ahli-ahli jawatankuasa JKP.
  • Memastikan setiap jawatankuasa mempunyai garispanduan berkaitan keselamatan dan persekitaran.
  • Membuat pemantauan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
  • Memberi khidmat nasihat dan membimbing program dan aktiviti yang diljalankan oleh ahli JKP.
  • Membuat pemilihan dan pelantikan ahli JKP setiap 3 tahun.

 

  1. TERMA RUJUKAN 
  • Membantu HCTM dalam penyelarasan program dan aktiviti keselamatan dan persekitaran yang selamat.
  • Mengkaji keberkesanan dasar keselamatan, kesihatan dan persekitaran di HCTM dari semasa ke semasa dan membuat cadangan.
  • Memantau kejadian kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan, penyakit pekerjaan dan keselamatan persekitaran di HCTM.
  • Memantau pemeriksaan tempat kerja dan persekitaran di HCTM sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.
  • Memantau pemeriksaan tempat kerja dan persekitaran selepas apa-apa kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan, penyakit pekerjaan dan keselamatan persekitaran yang berlaku di HCTM.
  • Membuat cadangan pemulihan dan penambahbaikan.