PEMERIKSAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN TEMPAT KERJA (PKKTK) KENDIRI
Pemantauan yang berterusan dalam aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja hendaklah dilakukan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan semua pekerjanya di tempat kerja.
Justeru, Pegawai Insiden di tempat kerja bertanggungjawab merancang jadual dan melaksanakan PKKTK secara kendiri di tempat kerja masing-masing. PKKTK perlu dijalankan 3 bulan sekali pada tahun semasa (4 kali setahun). Sebagai memudahkan PI, kaedah pemeriksaan ini telah ditambahbaik melalui capaian Google Form yang boleh digunakan melalui kemudahan telefon bimbit / komputer.
AUDIT PEMERIKSAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN TEMPAT KERJA (PKKTK)
Audit PKKTK yang berkesan boleh mempertingkatkan tahap pengurusan keselamatan dan kesihatan sesuatu tempat kerja. Audit PKKTK yang dijalankan oleh Unit UKKP adalah bertujuan untuk memeriksa dan menilai serta memperolehi gambaran keseluruhan pelaksanaan pengurusan KKP di tempat kerja yang berisiko meliputi hazad-hazad utama di HCTM seperti hazad biologi, kimia, fizikal serta ergonomik.