Tindakan Utama

Lakukan Ujian RTC Denggi Awal

Hari Pertama Demam / Gejala

  • Pertimbangkan ujian Denggi RTC atau ujian denggi yang bersesuaian berdasarkan hari onset penyakit pesakit.

Elakkan Kelewatan Klinikal

  • Jangan tunggu sehingga keadaan pesakit merosot sebelum menjalankan ujian.

Notifikasi Segera dan Lengkap

  • Notifikasi lengkap adalah kritikal bagi menyokong tindakan klinikal serta kawalan wabak.

Nasihat Pencegahan

  • Galakkan pengambilan air yang mencukupi dan hadir untuk pemeriksaan susulan.
  • Tanda-tanda amaran dan bila perlu mendapatkan rawatan kecemasan.
  • Amalkan konsep “Cari dan Musnah” di rumah serta tempat kerja bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk.
  • Elakkan gigitan nyamuk sepanjang tempoh demam.
  • Galakkan ahli keluarga untuk memeriksa tempat pembiakan nyamuk.