Program Pemakanan Sihat – SK Jalan Hang Tuah 1 2026

20 May 2026

Tarikh :  20 Mei 2026 (Rabu) 
Tempat :
Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah (1), Kuala Lumpur


Dirasmikan oleh : Dr. Zuraidah Che’ Man


Anjuran :

  • Unit Kesihatan Awam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
  • Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UKM
  • Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah (1) Kuala Lumpur

Hebahan : Facebook HCTM

PROGRAM KOMUNITI: MEMPERKASA PEMAKANAN SIHAT
Unit Kesihatan Awam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Perubatan Kesihatan, Fakulti Perubatan UKM dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Jalan Hang Tuah (1), Kuala Lumpur telah menganjurkan program kesedaran pemakanan sihat pada Rabu, 20 Mei 2026.Program ini diadakan bagi menangani isu obesiti dan kurang berat badan dalam kalangan murid sekolah yang melibatkan seramai 56 orang pelajar Tahun 6. Melalui pelbagai aktiviti interaktif, para pelajar didedahkan kepada amalan diet seimbang. Antara pengisian utama termasuklah slot “Kenali Piramid Makanan”, pengenalan konsep “Suku-Suku Separuh” (Pinggan Sihat Malaysia), Piramid Aktiviti Fizikal serta demonstrasi penyediaan sarapan sihat iaitu sandwich telur. Program ini bukan sahaja bertujuan untuk mencegah risiko ancaman berganda malnutrisi pada peringkat awal, malah ia mampu memperkasakan amalan diet sihat serta meningkatkan pengetahuan murid tentang pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian.

Objektif Program :

  1. Mengukur tahap pengetahuan pelajar tentang amalan pemakanan sihat dan kepentingan makanan berkhasiat.
  2. Mengumpul dan menilai tahap kesihatan pelajar melalui pengukuran antropometri.
  3. Memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengetahui fakta, amalan dan penyediaan makanan yang sihat dan seimbang.
  4. Memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat sama dalam penyediaan makanan sihat dan seimbang.
  5. Memantau dan menilai tahap keberkesanan program melalui perubahan amalan pemakanan sihat sebelum dan selepas program.
  6. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan penganjuran program komuniti dalam kalangan pelajar latihan industri.

Galeri : Program Pemakanan Sihat – SK Jalan Hang Tuah 1 2026


Laporan : Program Pemakanan Sihat – SK Jalan Hang Tuah 1 2026 (pdf)

Search

+
Translate »