Majlis Pengiktirafan Zon BeSS
Tarikh : 15 Jun 2026 (Isnin)
Masa : 2.00 – 4.00 Petang
Tempat : Bilik Sukmaria, HCTM
Dirasmikan oleh : Datoβ Dr. Azmi Baharudin
Anjuran :
- Unit Kesihatan Awam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
- Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UKM
- Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL&P)
Hebahan :Β Facebook HCTM
ππππ πππππ πππππππ πππππππ ππππππππ ππππππππ πππππππ ππππππ πππππππππππ ππ πππ ππππ
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melakar sejarah tersendiri apabila Kafe Lobi Pelawatnya diiktiraf sebagai Zon Bersih dan Selamat (BeSS) yang pertama bagi kategori Hospital Pengajar Universiti di Malaysia. Pengiktirafan rasmi tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan & Kualiti Makanan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), YBrs. Encik Shanmugam a/l Supramanium yang menyerahkan pensijilan BeSS kepada kesemua 12 premis makanan di dalam zon berkenaan setelah berjaya memenuhi piawaian kebersihan yang ketat. Menurut Pengarah HCTM, Datoβ Dr. Azmi Baharudin, pencapaian signifikan ini merupakan hasil usaha kolektif kesemua pengusaha premis terbabit. Beliau menegaskan bahawa aspek keselamatan makanan adalah sangat kritikal memandangkan fasiliti kesihatan dan pusat rujukan seperti HCTM sentiasa menerima kunjungan ribuan pelawat setiap hari. Oleh itu, pihak hospital komited untuk memastikan setiap hidangan yang disediakan adalah sentiasa selamat, bersih dan berkualiti. Sementara itu, Encik Shanmugam menyifatkan pemilihan Medan Selera Lobi Pelawat HCTM sebagai Zon BeSS sebagai satu langkah yang amat strategik. Sebagai sebuah institusi kesihatan, hospital sewajarnya menjadi contoh terbaik dalam mempromosikan budaya keselamatan makanan kepada masyarakat. Secara keseluruhan, pengiktirafan di HCTM ini turut menyumbang kepada peningkatan kesedaran industri makanan di ibu negara, di mana sebanyak 163 premis makanan di Kuala Lumpur dan Putrajaya telah berjaya mendapat pengiktirafan BeSS setakat tahun 2026.
Penceramah: Pn Shoba a/p Manyam”
Penceramah: Pn Syarifah Shyfaniza Syed Mohamad Salleh”
Penceramah: En Abdul Syakir Mohd Khamsani”
Pengarah HCTM: YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin”
3.00 petang β Ucapan Encik Shanmugam a/l Supramanium
Timbalan Pengarah Kesihatan (Keselamatan & Kualiti Makanan)
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL&P)
Penyerahan Sijil BeSS kepada Vendor & Cenderamata
