Kursus Audit dan Pemeriksaan Efektif Premis Makanan
Tarikh : 29 Julai 2026 (Rabu)
Tempat : Bilik Mesyuarat FSK, Aras 2, Blok H, UKM KL
Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
Penceramah : En. Tee Eng Ong (Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia MAEH)
Anjuran :
- Unit Kesihatan Awam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
- Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UKM
Sinopsis :
- Kursus Audit dan Pemeriksaan Efektif Premis Makanan merupakan program pembangunan kompetensi yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep, prinsip dan amalan terbaik dalam pelaksanaan audit serta pemeriksaan premis makanan.
- Kursus ini merangkumi aspek perundangan, teknik pemeriksaan, kaedah mengenal pasti ketidakpatuhan, dokumentasi penemuan audit serta tindakan susulan yang perlu diambil bagi memastikan pematuhan terhadap keperluan keselamatan makanan.
- Selain sesi perkongsian ilmu oleh penceramah yang berpengalaman, peserta turut didedahkan kepada kajian kes dan perbincangan situasi sebenar bagi meningkatkan kefahaman serta kemahiran dalam mengendalikan pemeriksaan premis makanan secara profesional, konsisten dan berkesan.
- Melalui kursus ini, peserta diharapkan dapat meningkatkan keyakinan dan kompetensi dalam melaksanakan audit serta pemeriksaan premis makanan demi memastikan persekitaran penyediaan makanan yang bersih, selamat dan mematuhi keperluan undang-undang.
Objektif :
- Meningkatkan pengetahuan peserta mengenai keperluan perundangan berkaitan keselamatan makanan, khususnya Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
- Memperkukuh kemahiran peserta dalam melaksanakan audit dan pemeriksaan premis makanan secara sistematik, berkesan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
- Meningkatkan keupayaan peserta mengenal pasti ketidakpatuhan terhadap keperluan keselamatan makanan serta mencadangkan tindakan pembetulan yang bersesuaian.
- Menyeragamkan kaedah pemeriksaan dan pelaporan bagi memastikan pematuhan terhadap standard keselamatan makanan di premis makanan.
Catatan : Untuk Skim U Kesihatan Persekitaran dan Skim lain sekiranya yang berkaitan dengan tugas.
