Karnival Warga Emas & Hari Bersama Komuniti 2026

31 Oct 2026

Tarikh : 31 Oktober 2026 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi – 2.00 Petang
Lokasi : PPR Desa Tun Razak, KL


Anjuran :

  • Unit Kesihatan Awam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
  • Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UKM
  • Pejabat Kesihatan Cheras
  • Pertubuhan Kebajikan Penduduk Desa Tun Razak
  • Rukun Tetangga PPR Desa Tun Razak
  • COMBI
  • Masjid Zaid Bin Thabit
  • Marhaban Ummi
  • Management Center PPR Desa Tun Razak
  • Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (Zon Cheras)
  • Malaysian Relief Agency (MRA)
  • Politeknik METrO Kuala Lumpur
  • Pondok Rahmat Project

Aktiviti :

  • Senaman aerobik
  • Ceramah kesihatan: Pemakanan untuk Warga Emas
  • Ceramah kesihatan: Penuaan Sihat – Cegah Dimensia
  • Aktiviti interaktif cegah nyanyuk (Dementia)
  • Pameran kesihatan
  • Saringan kesihatan umum
  • Saringan kesihatan lelaki
  • Demonstrasi masakan sihat mesra poket
  • Mewarna kanak-kanak
  • Mewarna warga emas
  • Pemberian bakul makanan sihat
  • Program ziarah kasih
  • Cabutan bertuah

Dirasmikan oleh :
YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin
Pengarah
Hospital Canselor Tuanku Muhriz


Galeri : Karnival Warga Emas & Hari Bersama Komuniti 2026

Laporan :Β #

Hebahan : Facebook HCTM

π‡π‚π“πŒ ππ„π‘πŠπ€π’π€πŠπ€π πŠπ„π’π„π‰π€π‡π“π„π‘π€π€π 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 π„πŒπ€π’ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ 𝐏𝐏𝐑 𝐃𝐄𝐒𝐀 𝐓𝐔𝐍 π‘π€π™π€πŠ πŒπ„ππ„π‘π”π’πˆ πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus mendampingi masyarakat menerusi penganjuran Karnival Warga Emas dan Hari Bersama Komuniti PPR Desa Tun Razak 2026 yang berlangsung di PPR Desa Tun Razak hari ini.

Inisiatif program jangkauan komuniti ini dianjurkan oleh Unit Kesihatan Awam HCTM dengan kerjasama Jabatan Perubatan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan UKM, Pejabat Kesihatan Cheras, Persatuan Penduduk PPR Desa Tun Razak serta rakan strategik seperti Malaysian Relief Agency (MRA), Politeknik METrO, Projek Pondok Rahmat bagi mendekatkan perkhidmatan dan promosi kesihatan kepada masyarakat setempat.

Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM dalam ucapannya semasa majlis penutup, menekankan bahawa Malaysia kini sedang menuju ke arah negara menua. Walau bagaimanapun, data Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2025 menunjukkan hanya 14.7 peratus warga emas mencapai status penuaan sihat, manakala hampir 85 peratus hidup dengan sekurang-kurangnya satu penyakit kronik. Senario ini menuntut masyarakat untuk mengubah pemikiran daripada sekadar meniti usia kepada menua secara sihat, aktif dan sejahtera.

Bagi mencapai matlamat tersebut, tiga teras utama pengurusan kesihatan telah ditekankan. Teras pertama ialah amalan pemakanan sihat dan mesra bajet, di mana pengawasan pengambilan gula, garam, dan minyak serta pengutamaan serat dapat membantu mengawal penyakit kronik seperti diabetes dan hipertensi. Teras kedua pula memberi fokus kepada kesihatan mental dan pencegahan demensia. Beliau menarik perhatian terhadap laporan kebangsaan yang menunjukkan 9.8 peratus warga emas mengalami demensia dan kira-kira 770,800 orang (18.8 peratus) tinggal bersendirian. Sementara itu, teras ketiga menekankan kepentingan saringan kesihatan awal di peringkat komuniti.

Selain aktiviti saringan dan ceramah, program ini turut memperlihatkan keprihatinan sosial menerusi inisiatif Ziarah Kasih. Pasukan sukarelawan dan pakar perubatan HCTM menyantuni pesakit terlantar serta warga emas dengan menyampaikan Pek Jagaan Kesihatan yang mengandungi lampin pakai buang, blue sheet dan susu nutrisi, di samping pengagihan Bakul Makanan Sihat kepada ketua isi rumah B40.

Search

+
Translate Β»