Program IKMAS – Kg Orang Asli Pos Tenau, Perak

18 Jul 2024

Tarikh : 27 – 28 Julai 2024 (Sabtu & Ahad)
Tempat :
Kg Orang Asli Pos Tenau, Perak


Dirasmikan oleh :
Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal Hj. Ahmad
Orang Besar Jajahan Muallim, Perak


Tema : Menyantuni Komuniti Rentan, Melangkau Sempadan Pedalaman


Objektif Program :

  1. Memberikan perkhidmatan saringan kesihatan dan konsultasi kesihatan oleh Pakar Perubatan HCTM kepada masyarakat Orang Asli.
  2. Melaksanakan program Community Feeding kepada kanak-kanak dan bantuan makanan sihat kepada keluarga masyarakat Orang Asli.
  3. Memperkasakan aktiviti kesukarelawanan di dalam penjagaan kesihatan yang melibatkan Orang Asli dalam kalangan pelajar pra dan pasca-siswazah serta kakitangan HCTM.
  4. Memperkasakan komuniti Orang Asli dalam aspek pencegahan penyakit dan amalan kesihatan yang betul melalui bimbingan oleh Pakar-pakar Kesihatan Awam dari Fakulti Perubatan UKM dan HCTM.

Anjuran :

  • Unit Kesihatan Awam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
  • Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UKM
  • Pejabat Kesihatan Daerah Muallim, Perak
  • Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
  • Pejabat Pendidikan Daerah Muallim, Perak
  • Pejabat MARA Daerah Batang Padang, Perak

Galeri : Program IKMAS – Kg Orang Asli Pos Tenau, Perak

Laporan :

Matlamat Program Kesihatan Komuniti ini bagi Meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan komuniti Orang Asli di Pos Tenau melalui pemeriksaan kesihatan, pemberian ubat-ubatan, dan pendidikan kesihatan. Menyediakan pendidikan kesihatan kepada komuniti mengenai penyakit-penyakit umum, pencegahan penyakit, dan amalan hidup sihat. Mempertingkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti untuk komuniti Orang Asli yang mungkin sukar mendapatkannya disebabkan lokasi geografi yang terpencil. Mengukuhkan kerjasama antara institusi kesihatan, akademik, dan komuniti untuk pembangunan berterusan dalam aspek kesihatan.

Program disempurnakan oleh Yg Dihormati, Toh Paduka Setia Dato’ IR. DR. Safry Kamal Bin HJ. Ahmad, Orang Besar Jajahan Muallim, Pejabat Orang Besar Jajahan Muallim. Turut serta Yg Berusaha, Mejar Bersekutu (PA) Profesor Dr. Mohd Rohaizat Hassan Ketua Projek & Ketua Unit Kesihatan Awam Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia. Yang Beradat, Tok Batin Yok Komlok Kampung Orang Asli Pos Tenau. Serta Dr. Raja Mohd Azim bin Raja Haron Pegawai Kesihatan Daerah Pejabat Kesihatan Daerah Muallim. Dr. Izandis bin Mohamad Sayed, Pakar Perubatan Kesihatan Awam UD56, Pengarah Hospital, Hospital Orang Asli Gombak Serta penduduk kampung Pos Tenau Ulu Slim, Perak.

Pelapor Dilokasi : DJ @katiebah_asyikfm
Lokasi : Kg Pos Tenau Slim, Perak.
Tarikh: 28 Julai 2024 [AHAD]

Sumber : FB ASYIKfm


Laporan Penuh : Program IKMAS – Kg Orang Asli Pos Tenau, Perak (pdf).

Search

+
Translate »