Tindakan Utama
Lakukan Ujian RTC Denggi Awal
Hari Pertama Demam / Gejala
- Pertimbangkan ujian Denggi RTC atau ujian denggi yang bersesuaian berdasarkan hari onset penyakit pesakit.
Elakkan Kelewatan Klinikal
- Jangan tunggu sehingga keadaan pesakit merosot sebelum menjalankan ujian.
Notifikasi Segera dan Lengkap
- Notifikasi lengkap adalah kritikal bagi menyokong tindakan klinikal serta kawalan wabak.
Nasihat Pencegahan
- Galakkan pengambilan air yang mencukupi dan hadir untuk pemeriksaan susulan.
- Tanda-tanda amaran dan bila perlu mendapatkan rawatan kecemasan.
- Amalkan konsep “Cari dan Musnah” di rumah serta tempat kerja bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk.
- Elakkan gigitan nyamuk sepanjang tempoh demam.
- Galakkan ahli keluarga untuk memeriksa tempat pembiakan nyamuk.
