Seminar Kesihatan Awam 2025
Tarikh : 4 September 2025 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi -12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Kuliah 2, Tingkat 1, Bangunan Pra-klinikal
Yuran : Percuma
Anjuran :
- Unit Kesihatan Awam (UKA), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
- Jabatan Perubatan Kesihatan Awam (JPKA), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Tajuk :
Kewajipan Notifikasi: Menghubungkan Etika Klinikal dan Tindakan Kesihatan Awam
Penceramah : En. Deenesh Kumar Krishnan
Pegawai Kesihatan Persekitaran
Cawangan Kawalan Penyakit Berjangkit
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur & Putrajaya
Sebarang Pertanyaan Hubungi :
- 03-9145 8409
- uka@ukm.edu.my
Pengenalan
Seminar Kesihatan Awam 2025 dianjurkan oleh Unit Kesihatan Awam (UKA), HCTM bersama dengan Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UKM dengan tujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai aspek notifikasi penyakit berjangkit dan tanggungjawab klinikal di kalangan kakitangan kesihatan.
Objektif
- Menerangkan perubahan terbaru dalam undang-undang penyakit berjangkit (termasuk pindaan 2024) kepada peserta.
- Memberi pencerahan tentang kewajipan notifikasi penyakit berjangkit dan proses audit kematian penyakit berjangkit.
- Menggalakkan pematuhan prosedur notifikasi di hospital dan perkhidmatan kesihatan awam.
Isi Kandungan Ceramah :
- Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024.
- Kewajipan Notifikasi Penyakit berjangkit
- Notifikasi Mati / Audit Kematian Penyakit Berjangkit
- Notifikasi Tibi
Galeri : Seminar Kesihatan Awam
Laporan Penuh : Seminar Kesihatan Awam UKA (pdf).
