Program Jantung Sihat, Denggi Sifar

25 May 2025

Tarikh  : 25 Mei 2025 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Dewan Integriti Blok A, PPR Hiliran Ampang


Anjuran :


Laporan :

Rakaman lensa Unit Kesihatan Awam HCTM bersama Penduduk PPR Hiliran Ampang telah mengadakan sebuah program kesihatan komprehensif iaitu Inisiatif Komuniti Bebas Asap Rokok (IKBAR) dan program “Satu Komuniti, Dua Misi” pada 25 Mei 2025, jam 8.00 pagi di Dewan Integriti Blok A, PPR Hiliran Ampang. Program IKBAR ini memperkenalkan konsep komuniti bebas asap rokok, memberikan pendidikan menyeluruh mengenai bahaya merokok dan menggalakkan gaya hidup sihat tanpa rokok dalam kalangan masyarakat. Usaha ini penting dalam membentuk persekitaran yang lebih sihat dan bebas daripada ancaman asap rokok. Manakala program “Satu Komuniti, Dua Misi” memberi penekanan terhadap dua aspek penting kesihatan awam, kesihatan jantung dan pencegahan denggi. Pemeriksaan kesihatan, ujian kumpulan darah ABO, dan pameran kesedaran penyakit seperti diabetes, hipertensi dan strok telah dijalankan bagi menggalakkan intervensi awal dan pendidikan kesihatan. Beberapa aktiviti dijalankan ialah pameran berhenti merokok, pameran kesihatan, pameran cegah denggi, saringan kesihatan, dan aktiviti riadah.

Hadir dalam program ini YBhg.Datuk Azizulrahman Mohd Hussin Malim, Pengerusi MPP WP Zon Titiwangsa, YBrs. Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Menjalankan Tugas Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) HCTM, YBhg. Prof. Dr. Azmawati Mohammed Nawi sebagai ketua projek dan penduduk PPR Hiliran Ampang.


Sumber :
FB Hospital Canselor Tuanku Muhriz


Laporan Penuh :

  • Program Jantung Sihat, Denggi Sifar

Aktiviti :

  • Pameran
  • Chef Cilik
  • Saringan Kesihatan
  • Explore-race
  • Dam Ular
  • Futsal
  • Jalur Koordinasi
  • Gerai Jualan
  • Cabutan Bertuah
  • Dan lain-lain

Tema :

  • Satu Komuniti, Dua Misi
  • Jantung untuk Dilindungi, Denggi untuk ditangani

Galeri : Program Jantung Sihat, Denggi Sifar

Search

+
Translate »