Program Pemakanan Sihat – SK Simpang Lima

8 May 2025

Tarikh :  8 Mei 2025 (Khamis) 
Tempat :
Sekolah Kebangsaan Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor


Dirasmikan oleh : Profesor Madya Dr. Norfazilah Ahmad (Pakar Kesihatan Awam)


Anjuran :

  • Unit Kesihatan Awam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
  • Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UKM
  • Sekolah Kebangsaan Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor

Laporan : Program Pemakanan Sihat – SK Simpang Lima (pdf)

Objektif Program :

  1. Mengukur tahap pengetahuan pelajar tentang amalan pemakanan sihat dan kepentingan makanan berkhasiat.
  2. Mengumpul dan menilai tahap kesihatan pelajar melalui pengukuran antropometri.
  3. Memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengetahui fakta, amalan dan penyediaan makanan yang sihat dan seimbang.
  4. Memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat sama dalam penyediaan makanan sihat dan seimbang.
  5. Memantau dan menilai tahap keberkesanan program melalui perubahan amalan pemakanan sihat sebelum dan selepas program.
  6. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan penganjuran program komuniti dalam kalangan pelajar latihan industri.

Galeri : Program Pemakanan Sihat – SK Simpang Lima

Search

+
Translate »