Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2024
Tarikh : 27 hingga 29 November 2024 (Rabu – Jumaat)
Tempat : PICC, Putrajaya
Dirasmikan oleh :
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Malaysia
Anjuran :
- Kementerian Pendidikan Tinggi
- Perbadanan Putrajaya
- Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
- Unit Kesihatan Awam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
- Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UKM
- Pusat Reproduktif Termaju (ARC), HCTM
- Jabatan Obstetrik & Ginekologi, HCTM
Galeri : Festival Idea Putrajaya – (Putrajaya FOI) 2024
Laporan : Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2024 (pdf).
Tema : Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS), MyIDEAS Connect
Latar Belakang :
- Penganjuran Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2024 merupakan satu inisiatif penting dalam usaha merakyatkan idea dan pendidikan tinggi serta mempromosi Malaysia sebagai pusat wacana intelektual dan inovasi di peringkat serantau dan global.
- Festival ini bertujuan untuk menghimpunkan pemimpin pemikiran, pakar, pembuat dasar, ahli akademik, industri dan Masyarakat umum dalam satu platform berprestij bagi membincang dan berkongsi idea-idea inovatif serta penyelesaian terhadap cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh negara dan dunia.
- Festival ini juga akan dapat menjadi platform untuk mengetengahkan kearifan lokal dan kebijaksanaan tempatan yang boleh turut menyumbang dalam usaha membina Masyarakat MADANI yang maju dan bertamadun berasaskan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.
