PENGENALAN

Unit Surgeri Gastroenterologi & Bariatrik HCTM menyediakan pelbagai rawatan untuk pelbagai jenis penyakit pada organ-organ upper GI iaitu pada bahagian esofagus, perut, duodenum dan pundi hempedu. Ini termasuk penyakit-penyakit bukan kanser seperti; masalah refluks acid perut, batu karang di hempedu dan juga penyakit obesiti.

Justeru itu, unit kami menawarkan perkhidmatan dan menerima kes-kes  rujukan kanser dan bukan kanser bagi para pesakit yang berada di kawasan Lembah Klang dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Sehubungan itu, antara pembedahan yang disediakan juga adalah khususnya pembedahan laparoskopik surgeri (minimally invasive) disamping menyediakan pelbagai kepakaran terhadap penyakit-penyakit lain yang berkenaan organ dalaman pada bahagian upper GI dan disamping melakukan pembedahan bariatrik surgeri.

 


SENARAI KAKITANGAN UNIT

 Unit ini terdiri daripada dua (2) orang Pakar Perunding Bedah dan satu (1) orang Pakar Bedah seperti berikut :

  • Profesor Dato’ Dr. Nik Ritza Kosai (Ketua Unit)
    Pakar Perunding Bedah Gastroenterologi & Bariatrik
  • Dr. Reynu A/P Rajan
    Pakar Perunding Bedah Gastroenterologi & Bariatrik
  • Dr. Guhan A/L Muthkumanan
    Pakar Bedah Am

 Secara umumnya, unit ini dibantu juga oleh seorang kakitangan sokongan pengurusan dan profesional seperti berikut:

  • Puan Ayu Fatihah Mohd Mokhtar
    Pegawai Sains

 


CARTA ORGANISASI UNIT


FUNGSI UNIT

  1. Memberi perkhidmatan klinikal dan jagarawatan kepada pesakit yang memerlukan rawatan pembedahan am khusus pada sistem Upper gastrointestinal (esofagus, perut, pyelorus. duodenum)
  2. Memberi pengajaran dan pembelajaran (akademik) bidang pembedahan am kepada pelajar prasiswazah Ijazah Doktor Perubatan dan pascasiswazah Doktor Pakar Surgeri Am.
  3. Menjalankan kajian penyelidikan dan menghasilkan penerbitan berkualiti tinggi dan berinovatif dalam bidang pembedahan am khusus pada Upper GI dan bariatrik surgeri.
  4. Menjadi pusat rujukan dan latihan kepakaran dalam bidang klinikal, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang pembedahan Upper GI dan bariatrik.

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Perkhidmatan perundingan (rujukan luar dan dalam HCTM):

  • Rundingan di klinik surgeri dan klinik pakar
  • Merawat pesakit di wad surgeri

2. Pusat endoskopi (rujukan luar dan dalam HCTM):

  • Esofagiogastrodudodenoskopi
  • Kolonoskopi
  • Sigmoidoskopi
  • Stenting – esofagus, pylorus, duodenum
  • Esophageal pH monitoring & manometry

3. Pembedahan di dewan bedah (rujukan luar dan dalam HCTM) adalah merangkumi semua prosedur berikut:

a. Pembedahan am:

    • hernia (open dan laparoskopik surgeri)
    • pembedahan benjolan atau pembekakan disebabkan kehadiran tisu tidak normal

b. Pembedahan kanser dan bukan kanser pada organ Upper GI seperti:

    • Kanser esofagus
    • Kanser perut
    • Kanser duedenom
    • Gastro-oesophageal reflux disease (GORD) and akalasia
    • Hiatus hernia
    • Batu karang hempedu (laparoskopik kolesistektomi)
    • Hernia

c. Pembedahan/prosedur bagi penyakit bariatrik

    • Intragastric balloon insertion
    • Laparoscopic sleeve gastrectomy
    • Mini gastric bypass
    • Roux-en-Y gastric bypass
    • Revisional gastric bypass

4. Sesi pengajaran dan pembelajaran

    • Pelajar Prasiswazah Ijazah Doktor Perubatan
    • Pascasiswazah Doktor Pakar Surgeri Am

5. Menyediakan platfom bagi penempatan latihan sangkutan pembedahan Upper GI dan bariatrik

    • Felowship
    • Sangkutan klinikal pelajar pascasiswazah

6. Aktiviti penyelidikan dan khidmat penulisan untuk penerbitan berkualiti tinggi dan berinovatif dalam bidang pembedahan am khusus pada upper GI dan bariatrik.

 


 AKTIVITI MINGGUAN UNIT

HARI SESI PAGI SESI PETANG
Isnin Klinik Pengajaran & Pembelajaran
Selasa Pembedahan Pembedahan
Rabu Pembedahan Pembedahan
Khamis Endoskopik Journal Club
Jumaat Penyelidikan & Penerbitan Pengajaran & Pembelajaran

 


GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN SURGERI GASTROENTEROLOGI & BARIATRIK

Klinik Surgeri, HCTM

Hari Operasi            : Setiap hari Isnin
Waktu Operasi        : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat                      : Klinik Surgeri, Tingkat Bawah Blok Klinikal, Hospital Canselor Tuanku Muhriz

Klinik Pakar UKM, UKM Kesihatan

Hari Operasi            : Setiap hari Rabu dan Jumaat (Prof. Dato’ Dr Nik Ritza Kosai)
Waktu Operasi        : 8.00 pagi – 1.00 petang
Tempat                     : Klinik Surgeri, Tingkat 7, Blok Klinikal, UKM Kesihatan

Hari Operasi            : Setiap hari Jumaat (Dr. Reynu A/L Rajan)
Waktu Operasi        : 10.00 pagi – 2.00 petang
Tempat                     : Klinik Surgeri, Tingkat 7, Blok Klinikal, UKM Kesihatan

 

Garis Panduan Umum Klinik

  1. Memastikan setiap rujukan baru diberikan perhatian sewajarnya bergantung kepada kategori rujukan.
  2. Setiap pesakit menerima nasihat yang sewajarnya berdasarkan bukti berasaskan penyakit.
  3. Setiap pesakit menerima rawatan yang optimum, berkualiti dan selamat.
  4. Setiap pesakit ulangan menerima rawatan yang sepatutnya semasa membuat rawatan ulangan.

 Prosedur Rujukan dan Kes Baru

  1. Klinik Surgeri Gastroenterologi & Bariatrik menerima rujukan dari pusat perubatan luar, jabatan lain di HCTM, dan juga rujukan dalaman dari unit-unit di Jabatan Surgeri.
  2. Setiap rujukan baru akan disahkan penerimaannya oleh jururawat yang bertugas di bilik Jururawat Klinik Surgeri.
  3. Setiap rujukan baru akan diteliti oleh Pakar yang menjaga unit untuk menentukan status rujukan. Status rujukan dikategorikan sebagai:
    • Segera – temujanji diberikan dalam jangka masa seminggu dari tarikh penerimaan surat rujukan.
    • Separa segera – temujanji diberikan dalam jangka masa dua minggu dari tarikh surat rujukan diterima.
    • Tidak segera – temujanji diberikan dalam jangka masa satu bulan dari tarikh surat rujukan diterima.
  4. Setiap pesakit baru akan dihubungi oleh Jururawat Klinik untuk memaklumkan tarikh temujanji di klinik surgeri am.
  5. Setiap pesakit baru didaftarkan di kaunter pendaftaran Klinik Surgeri Am semasa pesakit hadir untuk temujanji.

 

 Sesi Klinik Kes Temujanji Baru

  1. Setiap kes baru akan diperiksa oleh Pakar bertugas atau Pegawai Perubatan dibawah pengawasan Pakar yang bertugas.
  2. Masa yang diperuntukkan untuk sesi perundingan bagi kes baru adalah di antara 20 hingga 40 minit.
  3. Ujian yang diperlukan akan ditentukan semasa sesi perundingan dilakukan.
  4. Setiap pesakit baru akan dimasukkan ke wad jika memerlukan ujian atau rawatan segera.
  5. Tarikh temujanji yang baru akan diberikan di akhir sesi perundangan.
  6. Rawatan atau perundingan yang diberikan boleh dilakukan oleh mana-mana Pakar atau Pegawai Perubatan yang bertugas di klinik tersebut.
  7. Carta alir proses temujanji baru di Klinik Surgeri Gastroenterologi & Bariatrik:

 

 Sesi Klinik Kes Temujanji Ulangan

  1. Setiap kes temujanji ulangan akan diperiksa oleh Pakar bertugas atau Pegawai Perubatan dibawah pengawasan Pakar yang bertugas.
  2. Masa yang diperuntukkan untuk kes ulangan adalah di antara 20 hingga 40 minit.
  3. Ujian yang diperlukan akan ditentukan semasa sesi perundingan dilakukan.
  4. Setiap pesakit baru akan dimasukkan ke wad jika memerlukan ujian atau rawatan segera.
  5. Tarikh temujanji yang baru akan diberikan di akhir sesi perundangan.
  6. Rawatan atau perundingan yang diberikan boleh dilakukan oleh mana-mana Pakar atau Pegawai Perubatan yang bertugas di klinik tersebut.
  7. Carta alir proses temujanji ulangan di Klinik Surgeri Gastroenterologi & Bariatrik:

 


Tarikh kemaskini: 22/8/2024